WordPress 2.7.1
Untuk pengumuman, WordPress 2.7.1 iaitu versi senggaraan 2.7 yang pertama telah pun di lancarkan.
WordPress 2.7.1 telah membaiki sebanyak 68 tiket masalah yang di hadapi dari versi WordPress 2.7. Jika anda telah menggunakan versi 2.7 atau versi 2.7.1 RC1 (versi cubaan), anda akan menerima satu pemberitahuan untuk upgrade versi anda ke versi yang terbaru ini di blog anda. Anda boleh upgrade dengan pergi kepada Tools > Upgrade pada menu wp-admin anda.
Jika anda masih lagi menggunakan WordPress 2.6.x, maka anda terpaksa upgradenya secara manual dengan download WordPress versi terbaru ini, Upload pada server dan seterusnya Upgrade.
Anda boleh download WordPress 2.7.1 di sini atau jika anda mahu lihat senarai penuh perubahan yang di lakukan dari WordPress 2.7 ke WordPress 2.7.1 di sini.
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Wordpress
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















