Jom sembang sekejap

jutawan

Perang blog – Wordpress vs Blogger

Dalam diam sebenarnya seperti yang kita ketahui terdapat peperangan dalam dunia blog. Ganas bunyinya. Bukan perang betul tapi perang siber antara ratusan blogging platform yang disediakan. Blogger yang masih baru nampaknya mempunyai ‘terlalu banyak’ pilihan untuk memilih platform blog mereka. Bagaimanapun saya hanya akan memilih 2 platform blog yang tersohor iaitu Wordpress dan Blogger.

Kita sendiri selalu tertanya-tanya “Adakah Wordpress lebih baik dari Blogger?”. Bagi saya jawapannya tentulah “Ya.” Salah satu sebabnya ialah saya sendiri menggunakan Wordpress. Tetapi untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, adalah mustahak untuk kita menilainya dari pelbagai aspek dan bandingkan mana satu yang anda betul-betul perlukan. Tetapi sebelum itu, harus anda tanamkan dalam fikiran anda bahawa ini adalah pendapat peribadi saya sahaja. :)

Ini antara perbandingan yang saya buat:


1) Mudah ‘Set-up’ dan Menggunakannya

Ya, ianya lebih mudah untuk anda set-up sebuah blog dengan Blogger. Anda boleh mendapatkan sebuah blog dalam masa kurang dari 10 minit. Selepas anda set-up, anda boleh mula hantar artikel dengan serta merta. Jika anda mahu menukar theme untuk blog anda juga tiada masalah kerana terdapat beribu blogger templates yang anda boleh dapatkan secara percuma.

Untuk Wordpress pula, anda akan mendapat sakit kepala jika anda hendak memasang pada hosting anda jika anda tidak tahu apa yang anda sedang buat. Pemasangan Wordpress pada hosting anda memerlukan anda supaya download fail pemasangan (installation files), upload ke server, set-up database, dan jalankan konfigurasi (configuration script).

Bagaimanapun, jika anda tahu mengenai hosting, anda pasti telah memilih hosting yang berasakan Linux (CPanel). Dengan CPanel, anda boleh membuat pemasangan Wordpress dengan satu klik sahaja, upgrade dan membuang (remove) blog Wordpress anda. Saya akan cerita lebih lanjut perkara ini dalam artikel yang akan datang.

2) Rekabentuk dan Advanced Use

Blogger tidak membenarkan categories. Anda tidak boleh meletak artikel anda fokus kepada kategori tertentu kecuali anda tahu menggodam (hack). Dengan Wordpress, bukan sahaja anda boleh meletak categories, anda juga boleh memaparkannya berasingan pada main page. Secara mudahnya, dengan plug-in dan theme yang betul anda boleh menukar Wordpress kepada bentuk majalah (magazine).

Publishing melalui Blogger pula boleh menjadi seperti luka sebelah dalam badan. Ia tidak nampak tapi menyakitkan. Tidak banyak yang anda boleh lakukan dengan artikel anda lebih-lebih lagi jika anda mengubah keseluruhan website anda. Dengan Wordpress, publishing lebih pantas, walaupun banyak load pada sistem anda. Dengan akaun Blogger , anda boleh menambah ‘additional features’ seperti “Shout Boxes” yang akan menmbah baik interaksi pada laman anda. Bagaimanapun, itulah yang paling jauh anda boleh lakukan dengan Blogger

Berbanding dengan Wordpressr, ianya tiada batasan, bak kata omputih ‘the sky is the limit’. Anda bukan sahaja mendapat theme percuma, tambahan “plugins” dan juga advanced tools, anda juga mendapat khidmat berterusan dari Wordpress semata-mata kerana anda menggunakan platform Wordpress.

4) Copyrights dan Ownership of Content

Saya akan mulakan dengan Blogger dan bukannya ia teruk tetapi selepas beberapa bulan saya memulakan blog bersama Blogger, saya mula rasa sedikit kecewa dan kemudian barulah saya sedar bahawa – Google Owns Your Content.

Google mempunyai authority untuk menutup akaun anda tanpa amaran jika mereka tidak suka dengan isi kandungan blog anda. Anda tidak mempunyai kuasa penuh terhadap blog anda sendiri. Dengan Wordpress, anda mempunyai domain anda sendiri dan blog anda berada di hosting anda. Anda mempunyai kuasa penuh terhadap isi kandungan blog anda.

Dengan mempunyai hosting sendiri menggunakan platform Wordpress (bukan Wordpress.com), anda bebas untuk menulis apa yang anda mahu dan bebas memilih dan menukar bagaimana paparan blog anda. Ya, Blogger membenarkan anda publish di domain anda sendiri tetapi mereka yang menguruskan database content anda. Jangan Lupa!!

Apa lagi? Rasa ada lagi tapi tak tau nak describe macamana. Takpe. Kalau ada nanti kita sambung siri lain pulak.

Bagaimana dengan anda? Platform mana yang lebih baik?

© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.

Artikel Berkaitan

Oleh: iJam Kategori: Wordpress Email Artikel Ini Email Artikel Ini

No Responses to "Perang blog – Wordpress vs Blogger"

Comment Form


    twitter / ijam20

       jutawanceramic   free ebook
       Klik for make money   jutawanblog
       danafx   exabytes

My Child's Photo

    241

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia
Feedback Form