Jom sembang sekejap

LinkWorth

Panduan WordPress – Siri 1


Tak percaya dengan tajuk di atas? Ya, akhirnya saya akan mulakan tutorial berkaitan pemasangan Wordpress di hosting anda. Terdapat 2 artikel sebelum ini yang patut anda baca iaitu bertajuk Internet dan Adakah Anda Mempunyai Blog. Dan sebelum anda mencipta blog anda dengan WordPress ini, anda semestinya mepunyai hosting anda sendiri dan artikel mengenainya telahpun saya tulis di sini.

Jika anda telah faham kesemuanya, maka barulah kita boleh teruskan artikel ini. Sebelum apa-apa anda buat, samada mendapatkan hosting anda sendiri dan sebagainya sebaik-baiknya anda mendaftar dahulu dengan laman web WordPress untuk mendapatkan blog percuma anda dahulu. Ini penting kerana disitu terdapat API Key anda untuk digunakan dalam blog anda nanti. Anda tidak tahu apa itu API Key? Anda boleh rujuk pada artikel saya di sini.

Sekarang mulakan langkah pertama anda dengan pergi ke laman web WordPress dan mula mendaftar. Pendaftaran cukup mudah. Klik pada ‘Sign Up Now‘ dan anda akan dibawa ke laman pendaftaran. Isikan maklumat yang di kehendaki seperti Username, Password, Email anda yang sah, dan klik pada butang ‘Next‘. Paparan seperti di bawah akan keluar menunjukkan pendaftaran blog anda hampir selesai. Pilih nama blog anda.

Setelah semuanya selesai, klik pada butang ‘Signup‘ di sebelah bawah form tersebut. Buka email anda dan periksa dalam ‘Inbox‘. Satu email pengesahan dari WordPress akan di hantar kepada anda dengan tajuk ‘Activate xxxxxx.wordpress.com‘ dan kandungan emailnya seperti berikut:

Howdy,

Thank you for signing up with WordPress.com.
You are one step away from blogging at matsabun.wordpress.com.
Please click this link to activate your blog:

http://wordpress.com/activate/5a9g37157c784aff

--The WordPress.com Team

(If clicking the link in this message does not work, copy and paste it
into the address bar of your browser.)

Klik pada link activation tersebut dan anda akan di bawa ke mukasurat yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya dengan username dan password anda terpapar di laman tersebut. Klik pada ‘login‘ dan gunakan username dan password yang digunakan semasa pendaftaran tadi. Ya, itulah dia ‘Dashboard‘ atau antaramuka laman blog anda. Anda boleh buat apa yang anda suka dengan blog anda ini tetapi ingat, ini hanyalah permulaan. Tujuan utama anda ialah mencipta satu blog WordPress dengan hosting anda sendiri kan? Ok, sekarang ‘Logout‘ dahulu pada akaun anda dan cuba lihat blog anda sendiri.

Ini adalah bentuk standard bagi semua blog WordPress yang baru didaftarkan. Kita boleh mengubahnya kemudian tetapi sebenarnya ia tidak penting. Akaun ini duwujudkan hanya dengan tujuan tertentu sahaja. Sekarang anda telah pun mendaftar dengan WordPress.com dan telah mempunyai blog WordPress percuma anda sendiri. Blog WordPress percuma ini mempunyai penggunaan yang amat terhad sebenarnya. Anda boleh bandingkan nanti setelah mendapatkan blog dengan hosting anda sendiri. Perkara yang harus anda lakukan seterusnya ialah mencari hosting untuk blog anda dan mendaftar untuk mendapatkan nama domain yang sesuai untuk anda. Sambung la pulak… :)

© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.

Artikel Berkaitan

Oleh: iJam Kategori: Panduan Pemasangan WordPress Email Artikel Ini Email Artikel Ini

No Responses to "Panduan WordPress – Siri 1"

Comment Form


    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       iktunai   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • zip martin: mayb program ni ada btl nya, n mayb jugak program ni ada kelentongnya.. pd yg sukses 2 tlg la bantu kwn yg lain, jgn la kta pdn muka, 2 nk bg mrh org
  • Jun: Dalam sedar atau tidak sedar ramai yang menyertai program mencari wang kerana memang ada yang perlukan wang, sekadar mencuba atau memang mahu terlibat
  • wan: haha..padan muke kowang!! aku da join 4bulan..aku dapat je komisye rm365 sian la kowang..

My Child's Photo

    562

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia