Berhenti!
Alhamdulillah. Lega rasanya. Dah dekat seminggu pulun dateline job. Tengahari tadi dah settle. Bolehla jugak tengok-tengok blog saya nie yang dua hari tak update.
‘On’kan internet, saya pun tak sabar-sabar, terus buka blog saya nie, tapi nak tahu apa yang mula-mula saya tengok? Haa…nie yang nak cerita nie.
‘Statistik’. Saya pun agak tertarik dengan statistik blog nie dan mula la cari artikel-artikel berkaitan dengan blog statistik nie. Saya terhenti ke satu laman blog yang menyatakan perkara-perkara seperti dibawah. Tersenyum sendiri macam beruk kena belacan sebab antara penulisan tersebut ‘terkena’ ke batang hidung saya sendiri semasa saya mula menulis blog lama dahulu (cerita lama).
Kebanyakan blogger baru sentiasa melihat statistik blog mereka setiap hari (termasuk saya
). Kadang-kadang tu sampai beberapa kali dalam sehari terutama kepada mereka yang menggunakan Google Analytics. Rasa seronok melihat nombor-nombor itu berubah terutamanya semasa bilangan pembaca anda bertambah!
Perkara yang sama juga berlaku kepada blog kedua saya apabila saya mula memasukkan Google Adsense pada blog saya, dan pada masa tersebut, saya menghabiskan lebih kurang 15-30 minit cuma untuk melihat dashboard Analytics saya.
Tahukah anda bahawa sesi melihat dan merenung statistik yang tak berfaedah ini mengambil masa anda sebanyak 15 jam setiap bulan dan anda boleh gunakan masa tersebut untuk blog anda dengan lebih berkesan!
Nasihat saya kepada penggemar angka-angka statistik ini, hentikanlah. Anda boleh melihat statistik blog anda samada seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika anda melihatnya setiap hari pun, angka-angka tersebut tidak dapat anda tambah atau kurangkan sendiri. Ianya telah di programkan sebegitu rupa. Atau jika anda masih tetap ‘ketagih’ dengan angka-angka ini, letakkan sahaja seperti saya iaitu online statistik blog anda. Jangan buang masa anda!
Menurut sesetangah laman blog yang saya baca, kebanyakkannya bersetuju bahawa kajian melalui angka-angka statistik ini memang penting, tetapi ianya mestilah dilakukan mengikut strategi tertentu dan bukan kerana obsess anda dengan angka statistik ini.
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Basic Blogging
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















