Pindah fail besar masa terdesak!
Bayangkan, anda tiada burner cd/dvd pada ketika ini dan anda hanya ada 2 unti thumbdrive yang setiap satunya hanya bersaiz 128 MB! Pada masa itu juga anda hendak memindahkan fail video bersaiz 200MB ke PC rakan anda. Rakan anda juga nampaknya tiada burner CD/DVD pada ketika itu. Macamana nak buat nie?
Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda sebenarnya masih boleh mencuba. Antara caranya ialah memecahkan fail video tersebut menjadi dua ( untuk dipindahkan menerusi thumbdrive) dan di cantumkan semula setelah ianya berjaya di pindahkan.
Langkah memecah dan mencantumkan semula fail ini seperti yang di gambarkan tadi boleh dilakukan menerusi perisian percuma seperti Original File Splitter atau Soft191 Split Join 1.02. Peranan kedua-dua perisian percuma ini masih lagi relevan walaupun PC pada hari ini semakin canggih dan storan data semakin besar. Sekurang-kurangnya ianya masih boleh digunakan semasa keadaan terdesak seperti contoh di atas.
Pelbagai fail seperti video, audio, perisian dan arkib yang besar saiznya mampu dipecahkan dan dicantumkan semula apabila ia berjaya di pindahkan.
Anda boleh cuba perisian percuma Original File Splitter 1.0 dengan pergi ke laman web pembangunnya di http://download-protection.com/software/ atau jika anda ingin mencuba Soft191 Split Join 1.02 pula anda bolehlah ke sini http://www.soft191.com/products/splitjoin.aspx.
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Tool Web
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















