Jejaki fail tersorok dalam storan
Storan komputer anda besar? Hmm..storan besar memang menguntungkan tetapi adakalanya juga ianya menyusahkan. Kenapa? Ianya menguntungkan kerana anda boleh menyimpan banyak fail termasuklah dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan kerja anda. Tetapi ia juga menyusahkan jika fail dokumen anda tadi tersorok atau tersalah letak dalam folder tertentu.
Anda boleh mencuba perisian percuma ini untuk menjejaki fail tersorok anda iaitu Super Finder 1.5.2.0. Ianya ada kelebihan tersendiri untuk mencari atau menjejaki fail-fail yang tersimpan dalam storan PC anda.
Jika anda keberatan menggunakan fungsi Search yang terdapat pada Windows anda, gantikan sahaja dengan perisian percuma ini. Ianya bersifat mudahalih dan amat berkesan menjejaki fail dokumen berdasarkan teks yang termuat didalamnya.
Anda boleh muatturun (download) perisian ini di laman web pembangunnya di http://fsl.sytes.net/.
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Tool Web
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















