Vemma MLM Bisnes : PRO dan Kontra
Kali nie aku nak kupas satu bisnes yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia sekarang. Vemma. Satu bisnes MLM yang berpengkalan di US dengan laman webnya www.vemma.com. Mempunyai laman web autoresponder sendiri bernama Vemmabuilder atau lebih senang dipanggil mesin rekrut downline yang begitu berkuasa.
Anda boleh dapatkan banyak maklumat tentang Vemma ini di laman-laman blog para ahlinya yang sibuk mencari downline masing-masing. Kenapa? Ha, nie yang aku nak bagitau nih. Pro dan Kontranya Vemma nie.
Sebelum aku bermula nie, aku dah buat pemerhatian keatas banyak laman-laman blog nie dan semasa carian dengan Pakcik Google dengan keywords ‘keburukan Vemma’ hanya ada satu sahaja blog yang serius memperdebatkan program MLM nie. Untuk pengetahuan, aku juga adalah members Vemma nie dan tujuan aku menulis nie bukanlah untuk mempromosi supaya orang join dengan aku…Mula-mula jom kita tengok Pronya bisnes Vemma nie.
- Sistem autoresponder canggih.
- Segalanya online.
- Produk yang diakui bermutu oleh pakar.
- Berciri global.
- Bonus berbagai dibayar sehingga 42%.
- Downline anda melimpah ruah di isi oleh sistem.
Cukup kot. Sebab kalau nak ikutkan yang Pronya, banyak maklumat yang kita boleh dapat. Tapi bagaimana dengan kontranya? Yang nie aku rasa akan menjadi panas sikit..:)

Sebelum aku sebut yang kontranya. Pada pendapat aku bisnes Vemma nie bukanlah untuk orang yang berpendapatan sederhana. Apatah lagi untuk yang berpendapatan rendah. Vemma adalah bisnes untuk orang senang. Lihat di blog-blog mereka, dan salesletter mereka. Bekas pekerja Maybank, bekas jurutera, bekas peguam. Yang surirumah pulak, betul ke mereka surirumah dan apa pula keje husband mereka. Untuk permulaan, kalau anda tiada RM5000 dalam poket atau takde kad kredit, jangan gatal-gatal la nak join bisnes nie.
Antara yang kontra dalam Vemma.
- Maintenance utk autoresponder sebulan – USD19.95. ( Free jika dapat menaja 5 orang pada bulan tersebut atau membeli lebih dari Single Pack atau Double Pack).
- Single Pack berharga USD90. (RM342 masa aku beli – tak pernah aku beli apa-apa air/jus/ubat yang berharga macam tu punya mahal).
- Untuk yang baru mendaftar, kena cari lagi 3 orang sebelum bonus-bonus diaktifkan. (Aku tak sanggup nak cari atau kenalkan benda nie dengan kawan-kawan aku – mahal tu).
- Maintain guna tiap-tiap bulan. (Kalau tak takde la bonus).
- Syarat untuk dapat bonus sehingga RM95,000 seminggu ialah mesti beli Ultimate Pack dalam masa 3 bulan selepas mendaftar yang berharga lebih kurang RM5,000. Selepas itu maintain dengan single pack pun takpe. Dikecualikan dari maintenance web Vemmabuilder untuk 6 bulan. (RM5,000? Boleh beli moto sebijik nie).
- Promosi gila-gila perlu dibuat untuk mendapat downline. Kalau tak, takde harapanla kau. Tak kirala, adsense, yahoo, web-web iklan dan kat mana-mana, janji dapat downline.
Lain-lain fakta sebelum anda join Vemma:
- Single Pack (USD90)
- dapat direct downline – bonus USD10
- dapat downline yang beli Ultimate Pack – bonus USD250 seorang.
- pendapatan maksimum seminggu – RM3,800.
- hanya 3 bonus diperuntukkan – fast bonus, bonus jualan dan bonus khas.
- Ultimate Pack (RM5,130)
- dapat downline yang beli Ultimate Pack – bonus USD400 seorang.
- pendapatan maksima seminggu! – RM95,000.
- ++11 bonus lagi yang diberi.
Jadi kepada mereka-mereka yang belum join Vemma, banyakkanlah bertanya kepada Upline anda tentang Vemma nie. Mereka tidak akan membantu anda mencari downline. Mereka hanya akan mengajar anda bagaimana hendak mencari downline dan jadi seperti mereka.
Jadi tidak terkejutlah jika aku lihat kat Geneology aku, hampir 90% daripadanya datang dari Malaysia. Top Leader untuk bulan Mei juga nampaknya datang dari Malaysia.
Kepada yang dah dapat juta-juta ringgit tu, tahniah dan kepada yang baru join, teruskan usaha. Kepada yang belum join, buat kaji selidik banyak-banyaknya sebelum join.
Artikel lain yang menarik untuk dibaca ialah dari zaharudin.net iaitu Isu Syariah dalam Perniagaan MLM.
Jadi, selamat berbisnes kepada para usahawan Vemma.
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Tahukah Anda?
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















