NVU
Tahukah anda apakah NVU (disebut ‘N-View’)? 
NVU adalah salah satu software yang dibangunkan untuk sistem operasi Linux iaitu ‘Web Authoring System‘ seperti Frontpage dan Dreamweaver untuk sistem operasi Microsoft Windows dan Macintosh.
NVU digunakan untuk membuat website tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam dalam pengaturcaraan HTML, lebih kurang sama fungsi seperti Frontpage dan Dreamweaver.
Perisian seperti Frontpage dan Dreamweaver yang asli adalah perisian berbayar. Frontpage biasanya dimasukkan dalam pakej Microsoft Office dan Dreamweaver pula adalah produk dari Adobe berharga sekitar US$399. (Rujuk di http://www.adobe.com/products/dreamweaver/).
NVU adalah 100% dari sumber terbuka dan dibawah Mozilla Public License (MPL). Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk download NVU secara percuma. Ini termasuk source code jika anda inginkan perubahan.
Anda boleh download NVU di webnya di http://www.nvudev.com.
Pilih sistem operasi yang anda gunakan sekarang dan pilih cara untuk install ke komputer anda samada melalui zip file atau pun .exe file.
Technorati Tags: NVU, Frontpage, Dreamweaver
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Menarik
Oleh: iJam Kategori: Tahukah Anda?
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















