FTP
Kali nie kita sembang bab FTP. FTP adalah singkatan bagi File Transfer Protocol dan mengikut Wikipedia, “FTP is a network protocol used to exchange and manipulate files over a TCP computer network, such as the Internet“. Aku sendiri tak faham sangat sebenarnya. Apa yang aku tau, FTP ni adalah salah satu dari protocol dalam internet yang berfungsi sebagai penyambung(connection) terus ke hosting atau web server untuk upload pelbagai jenis fail. Tak kira la fail grafik, teks, berbagai-bagai script seperti php, html, asp, semuanya boleh berbanding dengan kaedah lama iaitu HTTP.
Tetapi siapa yang selalu menggunakan FTP ini? Sudah tentulah webmaster atau tuan punya web. Software FTP ini adalah satu kemestian kepada para-para webmaster ini untuk pemindahan fail dari PC ke server hosting akaun mereka. Terdapat banyak software FTP yang percuma. Anda boleh dapatkannya dengan membuat carian di enjin carian. Contoh carian di Google klik di sini. Lihat, bersepah. FileZilla, SmartFTP, CoreFTP, ftpx, pendek kata semuanya berftp-ftp.
Kepada anda yang berminat untuk belajar menggunakan software FTP ni, cubalah cari hosting dahulu. Kerana tanpa hosting, tak ada gunanya software FTP nie. Jadi cuba dapatkan satu hosting yang percuma dan cadangan saya, cuba dahulu di ihostserver. Anda boleh download tutorial mendaftar dengan hosting percuma ini di sini.
Selepas ini, cara penggunaan FTP akan dikeluarkan dalam bentuk ebook dan ianya PERCUMA!!
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Tahukah Anda?
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















