Free USD : SurfJunky
2 hari lepas aku nyaris tertipu dengan program yang dikenali dengan Surfjunky. Dengan spam email dalam mailbox aku, tengok macam menarik je. Aku pun terus la join dengan benda yang ‘free nie’.
Lepas sehari join, tak sedap hati, aku pun buat carian dengan Pakcik Google. Memang betul kata hati aku. Surfjunky adalah satu program Scam.
Tapi apa benda Surfjunky nih? Untuk pengetahuan anda, terutama yang sibuk hantar spam email suruh join benda nie ,benda nie adalah satu program Auto surfing. Sangat mudah. Daftar percuma dan buka browser anda. Browser akan memaparkan laman web pengiklan dan akan bertukar sendiri dalam masa 15-30 saat. Tak perlu buat apa-apa dan browser akan bertukar sendiri.
Bayaran yang lumayan iaitu $.75 sejam menjadikan laman web ini begitu popular walaupun pendaftarannya percuma. Mewah tu. Sape nak bagi duit free kan. USD pulak tu.
Tapi sebenarnya, bayaran tidak pernah dibuat kepada ahli-ahlinya. Cuba tanya Pakcik Google dengan menaip perkataan ‘Surfjunky’. Terdapat banyak laman web yang membahaskan laman web ini dan kesemuanya mengatakan bahawa ianya adalah spam.
Artikel paling menarik bagi saya ialah dari flipshark. Dengan kajian-kajian yang dipaparkan dan laman web pautan, semuanya mengatakan bahawa Surfjunky ialah satu program Scam.
Walaupun program Surfjunky ini dikatakan Spam, kita tengok fakta menarik tentang Surfjunky ni.
- Pagerank Surfjunky ialah PR3
- Mempunyai 30647 Inbound links!
- Wujud pada 1 September 2004.
- Harga web ini dianggarkan $136364.
- Daily Pageview = 61690 – banyak tu.
- Alexa Traffic Rank – 18,183. Hebat Giler.
- Nilai laman webnya ialah $22,240. Kalau aku dah jual dah.
Semua fakta ini diambil dari dnScoop dan whois.
Lain-lain fakta menarik :
Network Whois record
Queried whois.arin.net with “68.178.158.204“…
OrgName: GoDaddy.com, Inc. OrgID: GODAD Address: 14455 N Hayden Road Address: Suite 226 City: Scottsdale StateProv: AZ PostalCode: 85260 Country: US NetRange: 68.178.128.0 - 68.178.255.255 CIDR: 68.178.128.0/17 NetName: GO-DADDY-SOFTWARE-INC NetHandle: NET-68-178-128-0-1 Parent: NET-68-0-0-0-0 NetType: Direct Allocation NameServer: CNS1.SECURESERVER.NET NameServer: CNS2.SECURESERVER.NET NameServer: CNS3.SECURESERVER.NET Comment: RegDate: 2005-04-12 Updated: 2007-06-14 OrgAbuseHandle: ABUSE51-ARIN OrgAbuseName: Abuse Department OrgAbusePhone: +1-480-624-2505 OrgAbuseEmail: abuse@godaddy.com OrgNOCHandle: NOC124-ARIN OrgNOCName: Network Operations Center OrgNOCPhone: +1-480-505-8809 OrgNOCEmail: noc@godaddy.com OrgTechHandle: NOC124-ARIN OrgTechName: Network Operations Center OrgTechPhone: +1-480-505-8809 OrgTechEmail: noc@godaddy.com
Jadi, nasihat aku, tak payah la layan benda-benda nie. Buat la benda lain yang lebih berfaedah. Babai.
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Tahukah Anda?
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















