Jom sembang sekejap

Posts Tagged ‘Wordpress

WordPress 2.8.2 released

Posted by: iJam In: Wordpress

wordpressTidak lama selepas Wordpress 2.8.1 dilancarkan, kini updatenya telah pun dikeluarkan iaitu versi 2.8.2. Sekejap je aku rasa. Lebih kurang 2 minggu. Wordpress 2.8.2 ialah update yang berasaskan keselamatan (security update). Jadi anda disarankan segera update ke versi terbaru ini.

Anda sebenarnya boleh update dengan mudah dan pantas dengan pergi ke administrator panel, klik pada tools > dan klik pada upgrade. Anda juga boleh download di sini.

Sambung sikit tentang artikel aku yang lepas, sebagaimana yang kita ketahui perlawanan kedua antara MU dan Malaysia telah pun selesai dengan MU macam biasa menang 2-0. Semalam aku tengok Live Game antara Liverpool dengan pasukan kebangsaan Thailand. Walaupun seri 1-1, pada aku Liverpool tidak menurunkan barisan terkuatnya. Torres hanya bermain 10 minit sebelum perlawanan tamat. Steven Gerrard takde dan pemain pertahanannya banyak muka baru.

Jadi no komen walaupun sebenarnya aku kagum dengan gol penyamaan Thailand. Gerakan 1-2 yang mudah yang aku tak nampak langsung pemain Malaysia buat.

wpupgradeDengan ‘release’nya WordPress 2.8 beberapa minggu lepas, terdapat beberapa kompilasi dan/atau kebimbangan dari komuniti pengguna WordPress adakah mereka patut atau tidak upgrade versi WordPress yang mereka gunakan sekarang. Ini kerana versi upgrade biasanya akan menyebabkan versi yang tidak stabil terutama pada setting dan plugin WordPress yang sedia ada.

Tapi jika dilihat dari segi sejarah pembangunan WordPress dan komuniti yang membangunkannya, setakat ini mereka telah melakukan tugas yang amat baik. Anda sebenarnya boleh upgrade WordPress anda hanya dengan satu klik menggunakan funsi yang telah terbina didalam script WordPress anda.

Baca Lagi »

ffMozilla Firefox, satu dari web browser yang paling popular telah mengeluarkan versi update iaitu 3.0.11. Selain dari Mozilla Firefox, WordPress juga telah mengeluarkan versi 2.8 nya secara penuh. (iaitu bukan beta version).

Senarai update bagi Mozilla Firefox ini anda boleh baca di laman webnya di sini.

WordPress 2.8 Beta 2

Posted by: iJam In: Wordpress

wpWordPress 2.8 Beta 2 telah pun di keluarkan untuk ujian. Hanya kira-kira seminggu selepas Beta 1. WordPress Beta 1 telah dikeluarkan pada 15 Mei 09 manakala Beta 2 pada 23 Mei 09.

Anda boleh melihat perubahan yang dilakukan dari WordPress 2.8 Beta 1 ke Beta 2 di sini. Dan tahukah anda, WordPress 2.7.1 yang digunakan sekarang ialah yang terbaru dikeluarkan.

Lihat betapa cepatnya perubahan yang dilakukan oleh komuniti Sumber Terbuka ni.

WordPress 2.7.1

Posted by: iJam In: Wordpress

Untuk pengumuman, WordPress 2.7.1 iaitu versi senggaraan 2.7 yang pertama telah pun di lancarkan.

WordPress 2.7.1 telah membaiki sebanyak 68 tiket masalah yang di hadapi dari versi WordPress 2.7. Jika anda telah menggunakan versi 2.7 atau versi 2.7.1 RC1 (versi cubaan), anda akan menerima satu pemberitahuan untuk upgrade versi anda ke versi yang terbaru ini di blog anda. Anda boleh upgrade dengan pergi kepada Tools > Upgrade pada menu wp-admin anda.

Jika anda masih lagi menggunakan WordPress 2.6.x, maka anda terpaksa upgradenya secara manual dengan download WordPress versi terbaru ini, Upload pada server dan seterusnya Upgrade.

Anda boleh download WordPress 2.7.1 di sini atau jika anda mahu lihat senarai penuh perubahan yang di lakukan dari WordPress 2.7 ke WordPress 2.7.1 di sini.

Tak percaya dengan tajuk di atas? Ya, akhirnya saya akan mulakan tutorial berkaitan pemasangan Wordpress di hosting anda. Terdapat 2 artikel sebelum ini yang patut anda baca iaitu bertajuk Internet dan Adakah Anda Mempunyai Blog. Dan sebelum anda mencipta blog anda dengan WordPress ini, anda semestinya mepunyai hosting anda sendiri dan artikel mengenainya telahpun saya tulis di sini.

Jika anda telah faham kesemuanya, maka barulah kita boleh teruskan artikel ini. Sebelum apa-apa anda buat, samada mendapatkan hosting anda sendiri dan sebagainya sebaik-baiknya anda mendaftar dahulu dengan laman web WordPress untuk mendapatkan blog percuma anda dahulu. Ini penting kerana disitu terdapat API Key anda untuk digunakan dalam blog anda nanti. Anda tidak tahu apa itu API Key? Anda boleh rujuk pada artikel saya di sini.

Sekarang mulakan langkah pertama anda dengan pergi ke laman web WordPress dan mula mendaftar. Baca Lagi »

Jika anda pernah menghabiskan masa untuk mencari Wordpress theme yang terbaik untuk digunakan pada blog anda (seperti saya), maka anda akan tahu bahawa ianya boleh menjadi satu proses yang mengecewakan (bukan seperti saya). Salah satu dari kelebihan besar apabila menggunakan platform Wordpress ialah anda boleh memilih theme untuk di gunakan dan terdapat beribu Wordpress themes berkualiti yang anda boleh dapatkan secara percuma. Apa yang pasti ialah apabila terlalu banyak pilihan akan menyebabkan kesukaran untuk membuat keputusan. Betul kan? Baca Lagi »



    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       iktunai   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • wan: haha..padan muke kowang!! aku da join 4bulan..aku dapat je komisye rm365 sian la kowang..
  • Jun: Wa daa joint 21 hari. Income baru RM3.80. Macam-macam cara dah cuba, tapi sekadar itu yang termampu saya raih. Apapun syukur pada Ilahi. Soal tipu ni
  • Mits: aku pun baru jer nak merangkak belajar neobux ni.. Prospek ada

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia