Twitter. Tentu anda pernah dengar tentangnya dan aku pun ada mengulas tentang twitter ni. Tapi sesiapa yang tiada akaun dengan twitter sekarang, eloklah anda mendaftar sekarang kerana anda sebenarnya boleh buat duit dengan twitter.
Asalnya aku semalam ter’join’ dengan satu forum iaitu jombincang. Lepas daftar, aku terbaca satu tajuk forum yang tak boleh terlepas dari aku meng’klik’nya. Anda pun mesti tahu tajuknya kan. Disebabkan aku nie pemurah dan tak mau ‘makan sorang’, jadi jom ketahui macamana nak buat duit dengan twitter nie dan segalanya percuma je. Jom kita senang ramai-ramai.
#1 Mula-mula Baca Lagi »
Anda seorang blogger? Anda seorang pengguna Twitter? Nak update kandungan blog anda ke Twitter? Banyaknya soalan.
Kepada para blogger dan Twitter, kini terdapat banyak cara untuk anda menggunakan perkhidmatan percuma memasukkan post artikel didalam blog anda ke akaun twitter anda.
Jadi dengan mudahnya para pengikut anda di dalam Twitter (followers) mengetahui perkembangan terkini anda melalui artikel yang anda tulis. Baca Lagi »
Adakah anda pengguna Twitter? Atau anda tidak tahu langsung apa itu Twitter? Dilaman webnya, Twitter bermaksud perkhidmatan kepada semua dengan satu soalan mudah : What Are You Doing?
Aku sendiri pernah menggunakan perkhidmatan Twitter nie, tapi ada la dalam 3 kali kot. Lepas tu lupa dan terus tinggalkan Twitter. Mungkin ramai yang sependapat dengan aku iaitu tidak tahu apakah alasan yang terbaik untuk menggunakan perkhidmatan Twitter ni.
Dalam satu kajian Nielsen Data menunjukkan bahawa 60 peratus dari pengguna Twitter dalam sebulan, tidak meneruskan kunjungan kelaman web tersebut atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Sesiapa yang boleh beri aku kelebihan menggunakan twitter nie, sila komen.
Anda pernah dengar mengenai laman web Twitter.com? (http://twitter.com). Laman web twitter ialah laman web yang membolehkan anda menghantar mesej kepada rakan-rakan anda. Lihat saja dimana muka depan laman web ini tertulis…
Twitter is a service for friends, family, and co–workers to communicate and stay connected through the exchange of quick, frequent answers to one simple question: What are you doing?
Anda mungkin pernah mendengar juga aplikasi percuma Twitterbar 0.0.8 yang menyokong pelayar web Firefox 2.0. Dengan keluarnya pelayar versi baru iaitu Firefox 3 maka anda mesti mencuba pula aplikasi terbarunya (firefox add-ons) iaitu TwitterFox 2.0.
Firefox add-ons ini dilengkapi icon dan tetingkap yang memudahkan anda berhubung melalui akaun Twitter anda. Contohnya .. Baca Lagi »