Dengan wujudnya banyak program jahat (malware) yang menceroboh PC pengguna hari ini, maka pelbagai cara di usahakan untuk mengesannya. Antaranya ialah menggunakan imbasan perisian keselamatan yang dihubungkan kepada pihak yang membekalkannya menerusi internet. Ianya membolehkan pengguna PC mengimbas jangkitan malware secara dalam talian dengan serta-merta dan kemudian bertindak berdasarkan maklumat yang diperolehi. Ianya tidak mustahil jika anda berminat menggunakan pengimbas malware yang unik ini iaitu Prevx CSI 1.0.
Perisian ini adalah percuma dan boleh mengimbas sistem dengan pantas bagi mengesan kehadiran malware dalam PC anda. Ianya menggunakan pengimbas real-time dengan sokongan database malware yang dikatakan menyeluruh dan selalu di kemaskini. Yang menarik lagi, perisian ini tidak perlu di pasang (install) dan boleh beroperasi dari storan mudah alih seperti Thumbdrive.
Baca Lagi »
Anda jemu dengan wallpaper atau tema sedia ada di telefon bimbit anda? Jika anda adalah salah seorang darinya, cubalah pergi ke Ownskin.com. Laman web ini menyediakan bukan sahaja pelbagai pilihan Wallpaper tetapi anda juga boleh mencipta sendiri tema skrin mengikut citarasa anda sendiri.
Nak warna apa, guna ikon macamana, semuanya anda sendiri yang tentukan.

Baca Lagi »
Storan komputer anda besar? Hmm..storan besar memang menguntungkan tetapi adakalanya juga ianya menyusahkan. Kenapa? Ianya menguntungkan kerana anda boleh menyimpan banyak fail termasuklah dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan kerja anda. Tetapi ia juga menyusahkan jika fail dokumen anda tadi tersorok atau tersalah letak dalam folder tertentu.
Anda boleh mencuba perisian percuma ini untuk menjejaki fail tersorok anda iaitu Super Finder 1.5.2.0. Ianya ada kelebihan tersendiri untuk mencari atau menjejaki fail-fail yang tersimpan dalam storan PC anda.
Baca Lagi »
Anda mungkin pernah dengar banyak perisian-perisian yang dapat menyekat sesetengah laman web dari di akses ke pc anda. Ini terutamanya untuk ibu bapa dimana mereka boleh mengawal anak-anak mereka dari melayari laman-laman web yang tertentu.
Bahan-bahan lucah misalnya kerap menjadi isu sejak dahulu kerana boleh mencemarkan minda kanak-kanak. Justeru itu keresahan kita mungkin reda sedikit setelah menggunakan Parental InternetFilter 3.1. Perisian percuma ini boleh menyekat tapak web tertentu dan memantau penggunaan internet. Jadi, khasnya kepada ibu bapa, mereka boleh memantau dan mengawal aktiviti anak-anak yang menggunakan internet (samada laman web atau blog).
Selain boleh menapis perkataan yang tidak sesuai, penggunaan internet mampu di hadkan mengikut masa yang tertentu dan trafiknya. Yang agak menarik lagi tentang perisian ini ialah ia turut dilengkapi dengan fungsi lindungan (password) untuk membolehkan seseorang untuk mentadbirnya iaitu ibu bapa la kan.
Anda boleh dapatkan perisian Parental InternetFilter 3.1 ini di laman web pemajunya di http://www.parentaltools.net/. Cuba sekarang kerana ianya berguna dan paling penting adalah PERCUMA!!
Bayangkan, anda tiada burner cd/dvd pada ketika ini dan anda hanya ada 2 unti thumbdrive yang setiap satunya hanya bersaiz 128 MB! Pada masa itu juga anda hendak memindahkan fail video bersaiz 200MB ke PC rakan anda. Rakan anda juga nampaknya tiada burner CD/DVD pada ketika itu. Macamana nak buat nie?
Jika anda mengalami masalah seperti ini, anda sebenarnya masih boleh mencuba. Antara caranya ialah memecahkan fail video tersebut menjadi dua ( untuk dipindahkan menerusi thumbdrive) dan di cantumkan semula setelah ianya berjaya di pindahkan.
Baca Lagi »
Adakah anda pengguna beberapa gajet seperti kamera digital, telefon bimbit berkamera dan pemain media mudah alih? Jika ya, maka anda sebenarnya terpaksa mengendalikan banyak media digital seperti foto, audio dan video. Bagaimana dengan perisian yang anda gunakan untuk menguruskan fail-fail ini?
Terdapat satu perisian yang saya fikirkan sesuai untuk digunakan yang mampu mengurus pelbagai media dan ianya pasti memudahkan aktiviti perkomputeran anda. Perisian yang saya maksudkan ialah XnView 1.92.1.
Baca Lagi »
Sesetengah perisian boleh menghasilkan dokumen PDF yang selamat. Antaranya ialah ianya dilindungi dengan kata laluan (password) atau fungsinya di bataskan sedikit. Terdapat satu perisian percuma yang membolehkan anda mengubahsuai dokumen PDF anda mengikut cita rasa anda. Ini termasuklah mencantumkan beberapa fail PDF menjadi satu fail sahaja, memisahkannya, menambah latar belakangnya dan sebagainya.
Perisian yang di maksudkan ini ialah Portable PDFTK Builder 3.2. Secara amnya, perisian ini mempunyai 4 fungsi asas.
Baca Lagi »