Etika dan tanggungjawab blogger
Posted by: iJam In: Sembang
Terdapat 2 kes tangkapan yang menjadi perhatian aku minggu lepas iaitu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar Herald. Yang pertama adalah seorang blogger, kalau tak silap aku dan yang keduanya oleh seorang chatter.
Kesimpulan pertama yang aku boleh buat ialah kepekaan PDRM dalam menangi masalah ni. Dan yang kedua ialah etika dan tanggungjawab seseorang individu yang terlibat dalam penulisan blog atau lebih popular lagi ‘blogger’.
Pada pendapat aku ‘blogger’ bukan hanya individu yang menulis untuk blognya tetapi individu yang menghantar komen didalam blog juga boleh dianggap sebagai seorang ‘blogger’. Dan harus diingat bahawa mereka ini juga harus mempunyai etika dan tanggungjawab yang sama seperti tuan empunya blog itu sendiri.
Tujuan aku tekankan di sini ialah kerana terdapat segelintir dari pengkritik dalam blog ini yang aku anggap komennya tidak layak untuk disiarkan. Komen yang kebudak-budakan, menyakitkan hati orang dan tidak beretika, aku rasa tidak layak dipaparkan dan dibaca. Itulah sebabnya setiap komen yang dihantar didalam blog ni akan di ‘tangguhkan’ dahulu dan perlu disahkan oleh aku dulu.
Tapi manusia, tak reti bahasa. Bila komennya tak keluar, dia hantar lagi komen yang memaki hamun dan sebagainya. Kononnya pendapatnya bernas dan layak di baca oleh orang ramai. Aku tidak akan memegang kepada tag-line ni..Ini blog aku, sukahati aku lah nak tulis apa. Dan para tukang komen juga haruslah bersikap demikian. Anda sebenarnya bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis dan tulisan anda dibaca oleh manusia dari serata dunia. Bukannya dibaca oleh semut dan cicak.
Jadi fikir-fikirkanlah.







![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















