Setelah 6 bulan saya berblogging secara sambilan nie, hari nie terbaca satu artikel tentang Google Ranking. Apa lagi, saya pun test la ranking blog nie. Nak tahu apa keputusannya? Ha…tengok kat bawah..
Tak sangka beb. Baru 6 bulan tapi dah ada ranking dengan Google. Kepada sesiapa yang tak nampak tu boleh la klik kat gambar tu untuk besarkan. Sebenarnya cuma 2 dari 10 atau 2/10. Berbanding dengan web iklan percuma saya iaitu iklan4all.com. Web iklan percuma ni cuma dapat 1/10 daripada Google Ranking.
Baca Lagi »
Melihat pada tajuk di atas, mungkin anda menyangka bahawa satu akan menganjurkan satu pertandingan nyanyian. Ni yang nak bagitau sikit nie. Kepada mereka yang tidak sempat menghadiri ujibakat Akademi Fantasia ke atau pun Malaysian Idol ke atau kepada mereka yang tidak tahu kepada siapa bakat nyanyian mereka hendak di tonjolkan, maka anda boelh mencuba nasib di laman web nie.
Laman web yang saya maksudkan ialah www.meetoto.com tapi yang nie bukan toto nombor tu..Permainan dalam talian (online) yang berasaskan SNS (Social Networking Services) ini di bangunkan oleh iG-Interactive Sdn Bhd dan Xlands.com Inc yang menggabungkan konsep penyiaran video dan audio secara langsung.
Dengan hanya menggunakan kamera web dan mikrofon, anda sebenarnya boleh menonjolkan bakat nyanyian anda supaya ianya boleh didengar dan di lihat oleh warga Meetoto yang lain dari seluruh dunia. Baca Lagi »
Dah lebih kurang 4 hari tak jumpa laptop nie. Masa laptop takde depan mata, takdela kisah sangat pun. Tapi bila dah balik ke rumah, terpandang je laptop, kepala dah tak ingat lain dah. Kelam kabut je ‘on’kan. Sebenarnya saya telah ke Negeri Sembilan kerana urusan kerja.
Saya telah sempat singgah dan ‘melawat’ ke tempat-tempat yang agak menarik dan jarang di lalui sebenarnya oleh kebanyakan rakyat Malaysia sendiri. Antaranya Rompin (bukan Rompin di Pahang), Jelai, Kepis dan lain-lain lagi kebanyakannya di sekitar Gemas dan Gemenceh. Sebenarnya saya sendiri tak berapa ingat nama-nama tempat lain sebab saya cuma lalu dan berhenti di beberapa tempat sahaja sekitar kawasan tersebut. Kepada pembaca yang terasa kampungnya tidak di tuliskan namanya, mintak maafla bebanyak sebab saya tak ingat. Jadi saya rasa tu je dulu sebab saya cuma nak melepaskan ‘rindu’ menulis di blog nie. Nanti saya akan cari lagi artikel lain berkaitan dengan perisian percuma (free software) untuk pembaca. (Kena cari maklumat daa..)

Diam tak diam hari nie dah pun 25 Ramadhan. Lagi 5 hari nak raya beb. Saya yakin kebanyakan dari kita telah pun membuat pelbagai persiapan bagi menyambut Hari Lebaran ini. Sekarang bukan macam dulu. Orang sekarang dah kaya-kaya dah. Lagi 3 bulan raya pun, baju dah siap beli. Bukan macam orang dulu. Nak tunggu last minute baru nak beli sebab masa tu la ada diskaun pun.
Baca Lagi »
Akhirnya…setelah berhempas pulas selama 1 jam, akhirnya saya berjaya juga memaparkan theme terbaru saya di laman blog nie. Amacam? Gempak tak?
Bukan saja suka-suka je tukar theme nie, cuma kadang-kadang tu kita perlukan perubahan dalam diri kita. Ini termasuklah dengan theme terbaru nie. Nampakla cool sikit kan. Takde la serabut sangat dengan macam-macam warna kat kiri dan kanan seperti yang lama tu.
Ada lagi nak cerita. Blog saya dalam Bahasa Inggeris telah pun di tutup. Tidak selesa dengan penulisan dalam bahasa tersebut. Mungkin sebab saya tidak mahir dalam Bahasa Inggeris. Sebab lain ialah nampaknya blog dalam Bahasa Melayu ini mendapat Poll tertinggi dalam undian saya yang lepas. Ianya juga dapat mengurangkan penggunaan diskspace pada hosting saya. Terimakasih…
Sudah hampir seminggu kita berpuasa dan rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Alhamdulillah, kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.
Semoga dengan bulan yang penuh barkah ini, kita dapat menjadikannya satu jalan untuk membersihkan hati dan berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Gandakan amalan seharian dan perbanyakkan perbuatan yang memberikan manfaat kepada sesama insan.
Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya terlanjur kata dan perbuatan. Begitu juga segala kesalahan mana-mana pihak ke atas saya, saya maafkan tanpa sebarang ada dendam di hati.
Di keadaan zaman ini, kita sudah tiada masa untuk berbalah dan bertikam lidah antara satu sama lain. Kita mesti rapatkan saf dan berjuang melalui cara masing-masing untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perjuangan untuk Agama dan negara.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini juga, saya telah melancarkan satu web pengiklanan di http://www.iklan4all.com. Anda boleh meletakkan iklan anda, tak kiralah iklan teks ke, banner ke secara percuma tanpa had dalam tempoh sebulan ini sehingga 10 Oktober 2008.
Selamat berpuasa dan beramal ibadah.
Kali nie nak beritahu apa lah agaknya games PC yang terbaik pada tahun lepas dan tahun ni. Nak tahu kenapa games menjadi tajuk saya pada kali nie? Ha…sekarang kan bulan puasa. Jadi kepada yang asyik nak tido je tu, boleh la tengok tengok web site game yang di senaraikan tu. Try lah main.

1. CRYSIS
Penerbit EA Games, Pembangun Crytek, Platform PC, Genre Aksi.
2. THE ORANGE BOX
Penerbit EA Games, Platform PC, Genre Aksi
3. WORLD IN CONFLICT
Penerbit Sierra Entertainment, Platform PC, Genre Strategi
Baca Lagi »