Jom sembang sekejap

Posts Tagged ‘PHP

PHP Operators

Posted by: iJam In: Programming

Seperti mana lain-lain script, PHP juga mempunyai operators yang mengendalikan sesuatu nilai (value)


PHP Operators

Dibawah ialah senarai ‘operators’ yang di gunakan didalam PHP.

Operators Arithmetic

Operator Penerangan Contoh Keputusan
+ Tambah x=2
x+2
4
- Tolak x=2
5-x
3
* Darab atau bahagi x=4
x*5
20
/ Bahagi 15/5
5/2
3
2.5
++ Penambahan x=5
x++
x=6
Penolakan x=5
x–
x=4

Operators Assignment

Operator Contoh Penerangan kepada contoh
= x=y x=y
+= x+=y x=x+y
-= x-=y x=x-y
*= x*=y x=x*y
/= x/=y x=x/y
.= x.=y x=x.y

Operators Perbandingan

Operator Penerangan Contoh
== sama dengan 5==8 keputusan salah
!= tidak sama dengan 5!=8 keputusan betul
> lebih besar dari 5>8 keputusan salah
< lebih kurang dari 5<8 keputusan betul
>= lebih besar atau sama dengan 5>=8 keputusan salah
<= lebih kecil atau sama dengan 5<=8 keputusan betul

Operators Logik

Operator Penerangan Contoh
&& dan x=6
y=3(x < 10 && y > 1) keputusan betul
|| atau x=6
y=3(x==5 || y==5) keputusan salah
! bukan x=6
y=3!(x==y) keputusan betul

PHP String

Posted by: iJam In: Programming

PHP String‘ ialah pembolehubah (variables) yang di gunakan untuk menyimpan variables dari jenis karakter (contoh a-z,0-9).


Strings di PHP

Pembolehubah jenis ‘String’ (selepas ini saya panggil String Variables) digunakan untuk menyimpan pembolehubah jenis karakter seperti yang dinyatakan diatas.

Kami akan berikan contoh-contoh fungsi (function) yang digunakan untuk manipulasi Strings dalam PHP.

Sebuah String boleh di gunakan secara terus atau pun di simpan didalam Variables.

Contoh di bawah menunjukkan script PHP menyimpan pembolehubah “Hello Duniaku” ke dalam String Variable bernama $txt :

Baca Lagi »

Tags:

PHP Variables

Posted by: iJam In: Programming

Variables atau pemboleh ubah (selepas ini saya sebut Variables) digunakan untuk menyimpan nilai seperti nombor atau satu keputusan supaya ianya boleh digunakan berulang kali di dalam script


Variables dalam PHP

Seperti dinyatakan diatas, variables digunakan untuk menyimpan sesuatu nilai. Apabila satu variables ditetapkan, ianya boleh digunakan berulang kali di dalam script PHP. Semua variables dalam PHP bermula dengan simbol $.

Contoh variable

$var_nama = nilai;

Kebanyakan programmer PHP yang baru sering terlupa dengan simbol $ ini di permulaan variable dan jika tiada, maka ianya tidak akan berfungsi.

Lihat lagi contoh di bawah bagaimana fungsi variable .

<?php
$teks = "hi semua!";
$nombor = 18;
?>

PHP yang mudah

Dalam PHP, satu variables tidak perlu di isytiharkan (declare) sebelum di tetapkan.
Pada contoh di atas, anda lihat bahawa anda sebenarnya telah memberitahu kepada script PHP di mana variable tersebut.
PHP secara automatik mengubah variable tersebut menjadi nilai sebenarnya, bergantung bagaimana ianya di tetapkan.


Syarat menamakan Variables

  • Variable mesti bermula dengan huruf atau underscore “_”.
  • Variable hanya boleh mengandungi alpha-numeris karakter dan underscore (a-Z, 0-9 dan _).
  • Variable tidak boleh di jarakkan. Jika satu varible itu mengandungi lebih dari satu ayat, ianya mesti dipisahkan dengan tanda “_” ($nombor_saya) atau disambungkan terus ($nomborsaya).

Technorati Tags: ,

Tags: ,

Syntax

Posted by: iJam In: Programming

Anda sebenarnya tidak boleh melihat kod PHP dengan memilih “View Source” pada pelayar web anda. Anda hanya akan melihat output dari fail PHP tersebut yang telah ditukar ke format fail HTML. Ini adalah kerana script PHP ini telah di terjemahkan di server (pelayan) sebelum ianya di paparkan di pelayar web.

Asas Syntax PHP

Sebuah blok script PHP biasanya akan bermula dengan <?php dan di tutup dengan ?>. Blok script PHP ini boleh diletakkan dimana-mana tempat dalam dokumen anda.

Sebuah fail PHP biasanya mengandungi tags HTML, sama seperti fail HTML dan sedikit kod script PHP.

Baca Lagi »

Tags: ,

PHP – Pemasangan

Posted by: iJam In: Programming

Apa yang anda perlukan?

Tutorial ini tidak akan mengajar anda bagaimana untuk memasang 3 software penting untuk pembelajaran PHP iaitu PHP, MySQL atau Server Apache.

Jika server untuk webhosting anda menyokong PHP, anda tidak perlu berbuat apa-apa. Tulis sahaja fail yang mempunyai extension .php dan server akan menterjemahkannya. Kebanyakan webhosting sekarang mempunyai sokongan PHP, jadi jangan risau. Ini hanyalah untuk pengetahuan anda sahaja. Lihat contoh dibawah iaitu salah satu dari perkhidmatan webhosting. Kedua-dua platform menyokong fail .php

Bagaimanapun, jika server anda tidak menyokong PHP, anda mesti memasang PHP. Dibawah adalah senarai tutorial dari PHP.net bagaimana untuk memasang PHP5:

http://www.php.net/manual/en/install.php

Download PHP

Download PHP percuma di sini: http://www.php.net/downloads.php

Download MySQL Database

Download MySQL percuma di sini: http://www.mysql.com/downloads/index.html

Download Apache Server

Download Apache percuma di sini: http://httpd.apache.org/download.cgi

Technorati Tags: , , ,

Tags: , ,


    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       Klik for make money   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • zip martin: mayb program ni ada btl nya, n mayb jugak program ni ada kelentongnya.. pd yg sukses 2 tlg la bantu kwn yg lain, jgn la kta pdn muka, 2 nk bg mrh org
  • Jun: Dalam sedar atau tidak sedar ramai yang menyertai program mencari wang kerana memang ada yang perlukan wang, sekadar mencuba atau memang mahu terlibat
  • wan: haha..padan muke kowang!! aku da join 4bulan..aku dapat je komisye rm365 sian la kowang..

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia