Sila tukar pandangan anda
Posted by: iJam In: Make Money Site| Sembang
Kepada semua ahli dan kepada semua yang bakal menjadi ahli iklantunai.com, aku ada beberapa perkara nak dimaklumkan. Tujuannya ialah supaya anda semua menukar pandangan anda yang menyatakan iklantunai.com ialah laman web buat duit. Ini kerana apa yang aku lihat, kebanyakan ahli yang upgrade keahlian mereka tidak menghantar banner kepada aku menyebabkan ianya kelihatan seolah-olah laman web ini tidak mempunyai produk atas pembayaran anda semua. Baca semula FAQ yang terdapat di laman iklantunai.com dan fahamkan.
Aku akan cuba huraikan secara ringkas sedikit kat sini apa yang berlaku setelah pembayaran dibuat oleh anda dan apa yang anda dapat.
- Pembayaran keahlian anda membolehkan anda meletak iklan teks tanpa had di iklantunai.com. Keahlian adalah selama setahun.
- Membolehkan anda meletak 3 banner di 5 tempat yang disediakan di iklantunai.com. Banner boleh di tukarganti. Anda hanya perlu email kepada admin dan berikan banner yang hendak ditukar dan banner yang hendak diganti.
- Iklantunai.com bukanlah laman web syarikat. Ia adalah kepunyaan persendirian. Admin sebenarnya menyewakan ruang yang terdapat di iklantunai.com kepada ahli yang membuat pembayaran.
- Imbuhan yang anda dapat dari admin iklantunai.com adalah imbuhan kepada anda kerana berjaya membawa pelanggan baru yang menyewa ruang yang disediakan di iklantunai.com.
- Sila ubah pandangan anda. Iklantunai.com bukanlah laman web skim cepat kaya atau pelaburan haram internet. Admin cuba memberi perkhidmatan menyewa ruang banner kepada anda dengan harga yang berpatutan. Anda cuba cari, dimanakah tempat yang anda boleh letak 3 banner sekaligus yang boleh ditukarganti dengan keahlian selama setahun hanya dengan RM50?
- Anda mungkin nampak statistik downline anda tetapi jika anda lihat masih tiada ‘income’ untuk anda maknanya downline anda masih lagi belum upgrade. Pendaftaran percuma hanya selama 2 minggu sahaja dan jika dia tidak ‘upgrade’, maka pendaftarannya akan di batalkan. Ini untuk membolehkan sesiapa yang berminat, masuk mengisi ruang tersebut.
Jadi kepada ahli-ahli, silalah hantar banner anda. Jangan jadikan laman web iklantunai.com sebagai tempat anda mengadu nasib. Admin iklantunai.com menyewakan ruang kepada anda. Dah bayar, hantar banner, letakkan iklan anda. Jadi laman web tu, taklah nampak beku je.
Aku tak mahu nanti ada orang yang mengadu..”Eh, kenapa aku tak dapat duit?” atau “Kenapa aku tak di bayar?“.
Ok, geng. Teruskan promosi!!
Alhamdulillah. Setelah bersekang mata selama lebih kurang seminggu, maka semalam laman web baru aku, 







![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















