Betul ke? Kalau betul, boleh la sesape yang nak beli website aku tu.
Sebenarnya aku jumpa data tu masa aku taipkan ayat ‘iklan4all’ pada muka pakcik Google. Dan aku tau, nilainya akan bertambah dari hari ke hari. Nak tengok real data, klik di sini.
Sembang kali nie bagaimana nak tempah Iklan PANAS!!! di iklan4all.com. Aku ingatkan dah letak, rupanya takde. Sori la.
Untuk menempah Iklan PANAS!!! macam biasa, Log in ke akaun anda. Kemudian postkan iklan anda seperti yang anda biasa buat.
Selepas anda post iklan, biasanya anda akan mendapat email dari support[a]iklan4all.com seperti di bawah Baca Lagi »
Macam yang aku bagitau dulu, web iklan aku kat iklan4all.com akan menamatkan promosi meletak banner percumanya pada 31 Mac ni. Kalau anda perasan, gambar kat sebelah tu dah ada pada ruangan advertise sebagai contoh di bahagian mana anda hendak meletakkan banner anda.
Aku ingat nak lanjutkan lagi ke satu tarikh yang lain, tapi terdapat beberapa faktor yang aku rasa tak sesuai kalau banner percuma ni diteruskan.
Sifat seorang manusia, bak kata pepatah ‘bagi betis, nak peha’. Itulah yang membuatkan aku rasa aku patut mengambil sedikit bayaran apabila hendak meletak banner.
Baca Lagi »
Sebagaimana yang sedia maklum, saya adalah admin kepada satu laman web iklan percuma iaitu iklan4all.com. Untuk artikel kali nie, nak cerita sikit masalah web iklan percuma ni.
Memandangkan ianya adalah satu laman web iklan percuma, maka agak banyak juga banner yang di masukkan untuk saya paparkan kepada umum. Setakat nie, promosi untuk iklan banner semua tempat kecuali di ruangan eksklusif dan unrotated banner, semuanya adalah percuma sahaja. Untuk ruangan eksklusif dan unrotated banner ini takde masalah kerana ianya ’special’. Masalah utama ialah banner di tempat lain iaitu iklan terbang, iklan sebelah logo dan iklan muka hadapan. Nak tahu apa masalahnya?
Baca Lagi »