HTML – Elements dan Tags
Posted by: iJam In: Programming
Anda sekarang telah bersedia untuk mempelajari kekuatan HTML iaitu : elements.
Elements adalah struktur kepada sebuah dokumen HTML dimana ianya memberitahu browser bagaimana website anda hendak di lihat. Pada umumnya elements mengandungi ‘tags‘ permulaan, isi kandungan dan ‘tags‘ penutup.
“Tags”?
Tags ialah tanda yang anda gunakan pada permulaan dan diakhir sesebuah elements.
Semua tags mempunyai format yang sama iaitu bermula dengan tanda lebih kecil “<” dan ditutup dengan tanda lebih besar “>”.
Pendek cerita, ada 2 jenis tags, iaitu tags permulaan seperti : <html> dan tags penutup seperti : </html>. Perbezaan antara tag permulaan dan penutup hanyalah tanda “/”. Anda menandakan sesebuah isi kandungan dengan meletakkannya antara tag permulaan dan tag penutup.







![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















