Alhamdulillah. Hari nie dah siap ebook pertama aku yang bertajuk Duit Mudah di Internet. Terdapat 3 bab dalam ebook ini iaitu Akaun Internet, Program Duit Free Antarabangsa dan Program Duit Free di Malaysia.
Apa yang aku tulis dalam ebook tu semuanya kategori free belaka. Takde satu program pun yang berbayar dan walaupun program itu free, ianya boleh menjadi mesin wang kepada anda.
Untuk mendapatkan ebook ini, anda boleh pergi ke laman web downloadnya di sini.
Pernah jumpa buku nie kat kedai? Puas aku cari sebenarnya buku nie, tapi takde jual. Rupa-rupanya ada satu laman blog yang jual buku ni secara online..(intro je tu).
Kali ni aku nak kongsi kat anda semua, satu ebook yang bertajuk Syahadah: Dialog dengan gadis Melayu Atheist. Harganya cuma RM10 je. Nie bukannya program affiliate. Aku bukannya promosi, aku cuma cadangkan je.
Aku sendiri pun dah beli ebook nie. Best giler. Sorila. Aku nie tak pandai nak mengulas isi kandungan ebook nie. Untuk maklumat, ebook nie tidak boleh dicetak kerana mengikut dari penulisnya “ianya telah dilindungi dengan menggunakan password tertentu atas nasihat pihak Polis dari cawangan Jenayah Komersil bagi melindungi isikandungannya daripada diolah dan disalahgunakan.”
Antara tajuk yang terdapat dalam eBook nie ialah
1. Ramai Atheist (golongan tidak mempercayai Tuhan) menyatakan, tubuh badan mereka adalah milik mutlak mereka. Jadi hala tuju hidup dan takdir mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Benarkah kenyataan mereka tersebut?
Baca Lagi »