Terdapat 2 kes tangkapan yang menjadi perhatian aku minggu lepas iaitu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar Herald. Yang pertama adalah seorang blogger, kalau tak silap aku dan yang keduanya oleh seorang chatter.
Kesimpulan pertama yang aku boleh buat ialah kepekaan PDRM dalam menangi masalah ni. Dan yang kedua ialah etika dan tanggungjawab seseorang individu yang terlibat dalam penulisan blog atau lebih popular lagi ‘blogger’.
Pada pendapat aku ‘blogger’ bukan hanya individu yang menulis untuk blognya tetapi individu yang menghantar komen didalam blog juga boleh dianggap sebagai seorang ‘blogger’. Dan harus diingat bahawa mereka ini juga harus mempunyai etika dan tanggungjawab yang sama seperti tuan empunya blog itu sendiri.
Tujuan aku tekankan di sini ialah kerana terdapat segelintir dari pengkritik dalam blog ini yang aku anggap komennya tidak layak untuk disiarkan. Komen yang kebudak-budakan, menyakitkan hati orang dan tidak beretika, aku rasa tidak layak dipaparkan dan dibaca. Itulah sebabnya setiap komen yang dihantar didalam blog ni akan di ‘tangguhkan’ dahulu dan perlu disahkan oleh aku dulu.
Tapi manusia, tak reti bahasa. Bila komennya tak keluar, dia hantar lagi komen yang memaki hamun dan sebagainya. Kononnya pendapatnya bernas dan layak di baca oleh orang ramai. Aku tidak akan memegang kepada tag-line ni..Ini blog aku, sukahati aku lah nak tulis apa. Dan para tukang komen juga haruslah bersikap demikian. Anda sebenarnya bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis dan tulisan anda dibaca oleh manusia dari serata dunia. Bukannya dibaca oleh semut dan cicak.
Jadi fikir-fikirkanlah.
Untuk maklumat semua, blog iklan percuma aku di blogger.com iaitu iklanpercumakita.blogspot.com terpaksa di tutup. Ini adalah kerana blog tersebut telah di godam dan menyebabkannya ‘redirect’ kesatu blog lain yang sibuk dengan promosi peribadinya.
Walaubagaimana pun, aku telah buka satu lagi blog iklan percuma yang lain. Alamatnya ialah jom-iklanpercuma.blogspot.com. Jadi kepada anda yang nak letak iklan percuma cara baru, bolehlah pergi ke blog aku tu. Tapi kenapa jadi macam nie?
Kalau anda nak tahu, mudah je. Dengki. Selagi sifat nie ada, memang banyak cubaan yang akan datang. Dan aku masih ingat lagi masa mula-mula aku wujudkan blog tu. Penuh dengan gambar lucah hasil dari sifat pendengki nie. Mula-mula tu sempatlah aku delete, lama-lama sampai tak larat. Tutup sekejap. Lepas tu aku buka balik. Baru la slow sikit.
Tapi jangan terkejut pulak kalau anda terjumpa lagi gambar yang pelik-pelik dalam blog tu sebab hasil kerja orang yang pendengki nie. Mungkin masa tu aku tak sempat nak delete. Sebab semua iklan yang dihantar, di luar kawalan aku. Lepas anda isikan form untuk letak iklan, ‘refresh’ blog aku tu, dan iklan anda akan keluar. Cukup simple.
Dalam diam sebenarnya seperti yang kita ketahui terdapat peperangan dalam dunia blog. Ganas bunyinya. Bukan perang betul tapi perang siber antara ratusan blogging platform yang disediakan. Blogger yang masih baru nampaknya mempunyai ‘terlalu banyak’ pilihan untuk memilih platform blog mereka. Bagaimanapun saya hanya akan memilih 2 platform blog yang tersohor iaitu Wordpress dan Blogger.
Kita sendiri selalu tertanya-tanya “Adakah Wordpress lebih baik dari Blogger?”. Bagi saya jawapannya tentulah “Ya.” Salah satu sebabnya ialah saya sendiri menggunakan Wordpress. Tetapi untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, adalah mustahak untuk kita menilainya dari pelbagai aspek dan bandingkan mana satu yang anda betul-betul perlukan. Tetapi sebelum itu, harus anda tanamkan dalam fikiran anda bahawa ini adalah pendapat peribadi saya sahaja.
Baca Lagi »
Sebenarnya kita semua sibuk dengan dunia kita sendiri. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan dan di capai. Blank 2-3 hari sebab sibuk dengan theme baru sampai lupa nak post kan artikel. Sebenarnya terlalu banyak blog di Malaysia nie dan walaupun kita sibuk dengan tugas masing-masing, janganlah kita lupa kepada ‘Maha Pencipta’.

Jadi sambil-sambil saya tukar theme, sempatlah juga saya meninjau-ninjau blog yang ada. Terjumpa satu blog yang menarik iaitu himpunan doa harian. Jadi kalau sesiapa yang nak tambah ilmu tu, bolehlah ke blog ni iaitu http://doaharian.blogspot.com/. Susah nak jumpa admin blog yang macam nie. Senang-senang je tambah pahala.
Tapi ada satu blog sebenarnya yang selama ini saya nanti-nantikan penulisannya. Tapi sayang, agak lama juga penulis blog ni tak updatekan blognya. Nama blognya ialah http://www.satuhala.blogspot.com/
Apa tu? Macam tajuk cerita Jins Shamsudin je. Ada esok-esok pulak. Macam nie ceritanya. Kebanyakan dari kita akan menulis perkataan demi perkataan sehingga cukup satu ayat dan kemudian membacanya dan edit. Kebanyakan dari kita menginginkan supaya ayat-ayat tersebut begitu ‘cantik’ sebelum meneruskan penulisan.
Tetapi apakah hasilnya? Kita akan dapati artikel yang kita tulis tadi secara keseluruhannya lintang-pukang. Kalau tak percaya, cuba tengok tulisan blog pembaca sekelian.
Cadangannya ialah tulislah artikel anda terus-menerus. Kalau boleh tanpa menekan ‘backspace’. Tulis je seperti esok sudah tiada. Bila dah selesai, baca artikel anda tadi dan barulah edit.
Apa pendapat pembaca?
Adakah anda mempunyai blog? Tidak kira lah samada ianya percuma atau berbayar, atau anda mempunyai hosting sendiri yang anda setup untuk menghasilkan blog.
Jika belum, maka carilah host untuk blog anda secara percuma sekarang. Anda boleh belajar bagaimana untuk post artikel, delete dan berbagai-bagai lagi dengan cara ini. Jika anda telah mahir kelak, maka dengan mudah anda boleh mencari hosting dan setup blog sebenar anda tanpa perlu membeli apa-apa ebook atau panduan bagaimana untuk memulakan blog di hosting anda.
Anda boleh mula belajar di http://wordpress.com atau http://blogger.com. Tetapi cadangan saya ialah belajar menggunakan WordPress kerana ianya nampak sukar pada awalnya tetapi sebenarnya ianya adalah amat mudah sekali. Jika anda mempunyai hosting sendiri nanti, anda boleh setup script WordPress ini di hosting anda, berbanding dengan Blogger.
Saya bukanlah orang yang bekerja dengan WordPress untuk mempromosikan produk mereka, tetapi kalau anda tidak percaya, tanya-tanyalah blogger lain. Kebanyakan mereka menggunakan script Wordpress ini untuk di pasang pada hosting mereka.
Anda mahu tahu apakah kekurangan dan kelebihan antara dua host blog yang paling popular di talian sekarang iaitu Blogger dan WordPress? Kalau nak tahu, cuba lah daftar ke dua-dua host blog ini dan tengok sendiri.
Tidak kira ada menulis blog pada waktu siang, malam atau selepas kerja, pastikan anda menulis sebelum memulakan apa-apa aktiviti secara online. Biasanya saya akan mulakan dengan membaca email, membaca suapan RSS, baca beberapa blog lain dan selepas itu barulah mula menulis blog. Tetapi sebenarnya ia akan mengganggu bentuk penulisan anda dengan berbagai informasi yang anda dapat.
Jika anda adalah penulis blog berkaitan berita dan acara-acara, sudah tentulah anda mesti mendapatkan maklumat terkini, tetapi jika anda hanyalah seorang penulis blog biasa, maka ikutilah pandangan saya ini.
Panduan yang mudah ini dapat meningkatkan lagi kualiti dan keaslian penulisan anda.
Tips : Ini hanyalah pendapat dari penulis sahaja.