Tidak mahu tertipu dengan program-program buat duit di Internet? Anda ingin mengetahui laman-laman web yang dikategorikan scam? Dimana hendak mengetahuinya?
Salah satu blog yang popular yang aku selalu ikuti ialah rommo.net. Blog ini membongkar samada sesuatu program buat duit di internet adalah betul atau palsu. Tetapi jika anda mencari program scam di Malaysia, ianya tidak dibincangkan disini. Jadi jika anda ingin mendaftar dengan sesuatu program di Internet, tanya-tanyalah pakcik Google dan jangan lupa tengok blog rommo.
WordPress 2.8 Beta 2 telah pun di keluarkan untuk ujian. Hanya kira-kira seminggu selepas Beta 1. WordPress Beta 1 telah dikeluarkan pada 15 Mei 09 manakala Beta 2 pada 23 Mei 09.
Anda boleh melihat perubahan yang dilakukan dari WordPress 2.8 Beta 1 ke Beta 2 di sini. Dan tahukah anda, WordPress 2.7.1 yang digunakan sekarang ialah yang terbaru dikeluarkan.
Lihat betapa cepatnya perubahan yang dilakukan oleh komuniti Sumber Terbuka ni.
Nampak kat sebelah tu? Ha, itulah blog kembar kepada blog Melayu aku nie dan aku panggil blog cari makan.
Kenapa pulak? Sebab itu adalah satu dari blog tempat aku cari duit lebih sikit. Nak tau apa dia, kena pergi la sendiri tengok. Anda boleh klik kat sini kalau nak tengok blog kembar aku tu.
Nak senang lagi, klik je la kat gambar tu. Salam.
Cepatnya. Itulah kelebihan Sumber Terbuka (Open Source). Rasanya baru je 2 minggu upgrade dari WordPress 2.6.1 ke 2.6.5. Hari ni saya buka blog, tengok-tengok dah keluar dengan rasminya WordPress 2.7. Tutorial yang saya buat sebelum nie masih lagi menggunakan WordPress 2.6.5. Tapi tak kisah. Secara asasnya semuanya sama je.
Anda boleh download WordPress 2.7 ini di laman webnya di sini. Untuk upgrade sila ikuti langkah-langkah yang telah disediakan dalam folder wordpress tersebut. Dan sebelum upgrade tu, macam biasa la. Jangan lupa nak buat backup dulu anda punya blog. Takut nanti ada masalah pulak kan.
Di sini saya ingin mengakui bahawa ianya juga terjadi kepada saya. Apa dia? Menulis tajuk artikel dahulu sebelum menulis artikel itu sendiri pada blog saya. Biasanya saya akan mulakan dengan tajuk artikel, kemudian dengan artikel itu sendiri, baca sekali lagi untuk mengesahkannya kemudian ‘publish’ kan ia.
Tetapi apa masalahnya bila kita menulis tajuk artikel dahulu?
Yang pertama sekali ialah anda akan melupakan tajuk artikel itu sendiri. Ini kadang-kadang akan menyebabkan tajuk anda tidak sesuai dengan artikel anda atau yang lebih buruk lagi, anda akan cuba mengubah artikel anda supaya sesuai dengan tajuk yang anda letakkan menyebabkan kehilangan ‘fokus’ tertentu yang ingin anda sampaikan pada artikel anda.
Perkara yang anda harus pelajari ialah cuba lebih berdedikasi dan pilih tajuk yang paling sesuai untuk artikel anda.
Baca Lagi »
Sebenarnya kita semua sibuk dengan dunia kita sendiri. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan dan di capai. Blank 2-3 hari sebab sibuk dengan theme baru sampai lupa nak post kan artikel. Sebenarnya terlalu banyak blog di Malaysia nie dan walaupun kita sibuk dengan tugas masing-masing, janganlah kita lupa kepada ‘Maha Pencipta’.

Jadi sambil-sambil saya tukar theme, sempatlah juga saya meninjau-ninjau blog yang ada. Terjumpa satu blog yang menarik iaitu himpunan doa harian. Jadi kalau sesiapa yang nak tambah ilmu tu, bolehlah ke blog ni iaitu http://doaharian.blogspot.com/. Susah nak jumpa admin blog yang macam nie. Senang-senang je tambah pahala.
Tapi ada satu blog sebenarnya yang selama ini saya nanti-nantikan penulisannya. Tapi sayang, agak lama juga penulis blog ni tak updatekan blognya. Nama blognya ialah http://www.satuhala.blogspot.com/
Musim-musim raya ni nak ‘on’ komputer, rasa malas je. Kenapa? Entahlah. Yang pastinya mood ‘raya’ tu lebih menonjol dari nak mengetuk ‘keyboard‘. Apa nak cerita kali ni?
Sebenarnya nak baca majalah pun tak mood lagi nie. Majalah yang ada, tengah tersadai untuk di baca. Kat situ lah tempat saya mendapatkan kebanyakan informasi berkaitan perisian-perisian yang yang kebanyakannya percuma yang didedahkan kepada pembaca sekelian.
Pernah dengar ungkapan dalam Bahasa Inggeris nie..”Knowledge Is The Greatest Weapon“. Walaupun bila di terjemahkan kedalam Bahasa Melayu, bunyinya tak berapa menarik tetapi ungkapan tersebut yang pada pendapat saya telah terbukti kebenarannya harus dijadikan panduan kepada kita. Para pembaca yang sedang membaca blog ini pun sebenarnya sedang menambah ilmu pengetahuan kerana blog ini adalah blog informasi dan pada tinjauan saya juga tidak banyak terdapat blog-blog sebegini dalam Bahasa Malaysia.
Terimakasih!!! (Baca dengan nada ‘Alleycats’)