Betul ke idea anda?
Posted by: iJam In: Sembang bisnes
Betul ke idea anda? Tajuk artikel nie nampak gempak tetapi tidak mustahil ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Artikel kali ini akan mengupas persoalan sesetengah orang. Katakan anda mempunyai produk, dan anda sedang bercadang untuk mengeluarkannya. Tup-tup bila produk anda mula di jual, anda terjumpa pula satu lagi produk yang lebih kurang sama atau dalam kes yang terlampau, produk anda hampir sama dengan produk orang lain. Macamana agaknya perasaan anda dan perasaan orang yang ingin membeli produk anda. Adakah anda akan terus ’stop’ produk anda atau anda buat tak tahu je? Mesti ada orang akan berkata bahawa anda meniru produk orang lain sedangkan produk itu 100% ‘original’ dari anda. Pada pendapat saya, teruskan saja. Biar lah orang nak kata apa. Mulut tempayan memang tak boleh ditutup dengan pinggan nasi. Walaupun sebenarnya anda sudah rugi lebih-lebih lagi jika produk anda lewat dikeluarkan berbanding yang satu lagi.
Jangan putus asa. Produk anda ialah produk anda. Kaji pula kebaikan dan keburukan pesaing anda dan gunakan strategi perniagaan anda. Turunkan harga produk anda (kalau boleh jangan!) atau berikan lebih keistimewaan kepada pembeli-pembeli anda berbanding dengan pesaing anda. Zaman ini, pembeli lebih bijak memilih mana satu produk yang baik, berkualiti dan bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah siapa tiru siapa tetapi persamaan idea yang tercetus di antara 2 peniaga. Biasala tu. Anggaplah ia satu persaingan yang sihat. Meniaga kat internet nie pun sama je dengan berniaga kat luar tu. Banyak cubaan dan rintangan yang harus anda hadapi.







![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















