Conficker, virus yang tarikh pelancarannya pada 01 April bukanlah satu-satunya virus yang dicipta untuk dilancarkan pada tarikh yang ditetapkan. Kebanyakan pakar percaya bahawa virus yang mempunyai tarikh atau masa untuk di lancarkan ini mengundang rasa panik dan cemas dikalangan pengguna internet seluruh dunia.
Antara virus yang mempunyai tarikh pelancaran ialah : Baca Lagi »
Pemacu flash atau thumbdrive pada waktu sekarang nie sudah semakin murah dan mampu milik kepada sesiapa sahaja. Harga untuk 2Gb lebih kurang RM20 je. Betul tak? Jadi tidak hairanlah jika thumbdrive menjadi satu dari alat terpenting bagi penyebaran virus. Mana taknya. Cucuk sini, masuk sana. Senang cerita kalau dok dalam satu opis tu, hampir semua PC mengandungi virus yang sama.
Tetapi cuba kita terbalikkan keadaan ini. Jadikan thumbdrive kita sebagai pengimbas dan membuang virus pada PC dan yang utama ialah pada thumbdrive itu sendiri. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan memasang Program Antivirus pada thumbdrive itu sendiri.
Program kecil ini mampu mengesan keseluruhan PC dan anda seperti membawa alat untuk mematikan bom dalam thumbdrive anda. Ianya boleh dijalankan pada mana-mana PC tanpa perlu pemasangan. Sungguh mudah.
Baca Lagi »