Selamat Berpuasa..
Sudah hampir seminggu kita berpuasa dan rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam. Alhamdulillah, kali ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.
Semoga dengan bulan yang penuh barkah ini, kita dapat menjadikannya satu jalan untuk membersihkan hati dan berhijrah ke arah kebaikan dan kejayaan. Gandakan amalan seharian dan perbanyakkan perbuatan yang memberikan manfaat kepada sesama insan.
Di kesempatan ini juga, saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya terlanjur kata dan perbuatan. Begitu juga segala kesalahan mana-mana pihak ke atas saya, saya maafkan tanpa sebarang ada dendam di hati.
Di keadaan zaman ini, kita sudah tiada masa untuk berbalah dan bertikam lidah antara satu sama lain. Kita mesti rapatkan saf dan berjuang melalui cara masing-masing untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perjuangan untuk Agama dan negara.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini juga, saya telah melancarkan satu web pengiklanan di http://www.iklan4all.com. Anda boleh meletakkan iklan anda, tak kiralah iklan teks ke, banner ke secara percuma tanpa had dalam tempoh sebulan ini sehingga 10 Oktober 2008.
Selamat berpuasa dan beramal ibadah.
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















