PRK Bagan Pinang : Bas dengan ahli politik
Masuk bab politik sket hari ni. PRK Bagan Pinang. SPR telah pun menetapkan tarikh penamaan calon pada 3 Okt dan tarikh mengundi ialah pada 11 Okt. Mengundi lagi. Selamat mengundi kepada orang Bagan Pinang. Calon BN ialah Tan Sri Isa Samad yang sudah sinonim dengan Port Dickson. Beliau baru saja menamatkan tempoh penggantungan selama 3 tahun oleh parti UMNO kerana terbabit dengan rasuah politik semasa pemilihan Naib Presiden Umno pada 2004. Calon PAS pula ialah Zulkefly Mohamad bin Omar. Seorang ahli perniagaan berkelulusan Master Sains (UPM) dan Ijazah Komunikasi (UITM). Mungkin ada beberapa calon bebas. Ntah aku ke sape ke, tak tau la kan. (Betulkan aku kalau salah).
Aku tulis nie sebab aku teringatkan cerita lawak yang pernah aku baca dalam majalah, Mastika kalau tak silap aku. Ceritanya lebih kurang macam nie..
‘Sebuah bas yang membawa 10 orang ahli politik telah mengalami kemalangan yang teruk di sebuah jalan kampung yang agak sunyi. Pak Mat, seorang pemandu jengkaut telah menemui bas tersebut dengan ahli-ahli politik yang terbaring berlumuran darah dan ada yang telah meninggal dunia.
Pak Mat pun mengumpulkan mereka semua dan menggali lubang dengan jengkautnya untuk menguburkan mereka. Pada keesokan harinya, polis pun mencari bas tersebut yang dilaporkan tidak sampai kedestinasi. Kebetulan Pak Mat juga berada di situ dan polis tersebut bertanya kepada Pak Mat. “Kemanakah semua ahli-ahli politik ini pergi?”
Pak Mat menjawab. “Semuanya telah pun saya kebumikan.
Polis : Takkan takde seorang pun hidup.
Pak Mat : Ada 3, 4 orang yang beritahu saya minta tolong hantarkan ke hospital, tapi encik pun tahukan..ORANG POLITIK..
Perhatian : cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















