Port Dickson
Aku rasa dah lebih seminggu aku tak post apa-apa artikel kat sini. Bukan takde idea tapi baru-baru ni aku telah pegi bercuti sambil bekerja di Port Dickson. Mungkin seronok atau terlupa, maka lupalah blog aku nie sekejap.
Setelah lebih 5 tahun, aku telah kembali ke PD. Tak banyak yang berubah, suasananya sama macam lain-lain tempat di Malaysia, penuh dengan keramahan dan keharmonian.
Cuma aku rasa agak terganggu dengan bahasa perbualan anak-anak muda tempatan yang pada pendapat aku agak meloyakan didengar oleh pelancong terutama pelancong tempatan seperti aku yang faham Bahasa Melayu (bukan pelancong luar negeri je).Aku yang lalu sebelah pulak yang jadi tak tentu arah. Malu, bengang semuanya ada.
Bahasanya…mak aii, setakat maki dengan mencarut tu, ikut sedap mulut je. Tak tengok kiri kanan langsung. Jadi sebenarnya itulah pengorbanan. Kita terpaksa mengorbankan adab sopan, tutur kata dan cara ketimuran kita apabila memajukan sebuah pekan, kampung atau bandar.
Tapi apa-apa hal pun, mintak maafla bebanyak orang PD. Aku pun tau bukan semua macam tu…
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Menarik
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















