Persiapan Menjual PC lama anda
Adakah anda bercadang untuk menjual PC anda? Zaman ekonomi merudum nie pasti apa sahaja boleh dibuat duit. Jadi ambil PC lama anda dan cuba buat duit dengannya. Jualkan je daripada berdebu je kat hujung bilik anda.
Tapi sebelum di jual, terdapat beberapa tips yang ingin aku kongsikan kepada anda. Takkan lap-lap sikit lepas tu nak jual. Orang tengok pun tak selera kan.
Tips 1
Scan dulu komputer anda. Adalah mustahak untuk scan komputer anda dari sebarang malware, termasuk virus, spyware dan worm (cecacing). Anda pasti tidak mahu masalah ini berterusan kepada pemilik komputer baru nanti. Virus dan spyware juga boleh menyebabkan komputer anda menjadi perlahan. Jadi jangan malu dan segan, scan la dulu.
Susah ke? Takde la pun kan.
Tips 2
Pindahkan data anda yang ada ke komputer baru anda. Biasanya kita akan memindahkan segala fail dari komputer lama ke komputer baru. Kalau boleh satu pun tak mau tinggal.
Benda yang paling penting ialah data peribadi anda. Ini termasuklah foto dan gambar-gambar lama anda. Pendek kata jangan tinggal bekas sekalipun (kena jual nanti beb).
Tips 3
Jangan tinggalkan maklumat peribadi dan perbankan anda! Ini termasuklah dengan maklumat kad kredit, akaun bank, dan lain-lain didalam hard disk anda.
Ingat! Fail yang sensitif, masih boleh diakses walaupun telah di buang (delete) dari PC anda. Gunakan perisian seperti DBan (tool untuk memadam fail dari harddisk).
Jika anda mahir, lebih baik format semula komputer anda dan install clean Windows yang baru. Lagi senang.
Tips 4
Apa lagi kalau tak meningkatkan sedikit kemampuan dan kelajuan komputer anda. Tetapi jika anda telah install perisian yang baru rasanya tiada masalah. Jika tidak, gunakan perisian percuma seperti StartUp Lite yang dapat mempercepatkan proses boot komputer anda.
Tips 5
…akan datang
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Menarik
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















