Jom sembang sekejap

Elegant Wordpress

Mabuk Vemma


vemmaHaha. Tajuk yang gempak. Sebenarnya bukan aku yang mabuk vemma. Tapi nak tergelak aku tengok. Kalau anda perhatikan kat laman web iklan blogger aku kat sini,  di sebelah bawah banner aku tu, aku guna khidmat pengiklanan dari Bidvertiser.

Agaknya apa yang menarik perhatian aku sampai tergelak? Sebenarnya dah hampir seminggu aku tengok iklan yang terpapar kat situ, dan hampir 90% darinya adalah iklan dari pengguna Vemma yang sibuk cari downline.

Di sebelah kanannya pulak, aku guna Google Adsense untuk jana pendapatan dan hampir 80% dari iklan yang keluar adalah dari pengguna Vemma jugak. Kaya la Google dengan Vemma nie. Bidvertisermemberi permulaan percuma sebanyak USD$20 untuk anda meletak iklan, dan ianya adalah teknik perniagaan dari bidvertiser. Kesian orang yang baru nak join Vemma. Terpaksa bersaing dengan otai-otai termasuk dengan leader mereka sendiri yang telah untung berpuluh ribu ringgit untuk mencari downline yang sanggup mempromosikan produk dari US nie. Hmm, patutla kurang klik sejak kebelakangan nie. Agaknya semua orang dah join Vemma.

*p.s – Takde produk Malaysia ke nak jual, dulu sibuk kempen boikot barang buatan Amerika.

© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.

Artikel Berkaitan

Oleh: iJam Kategori: Sembang Email Artikel Ini Email Artikel Ini

8 Responses to "Mabuk Vemma"

1 | shsaad

July 9th, 2009 at 11:00 am

Avatar

Benda baik kalau dari negara manapun elok kita guna.Vemma ni jus manggis antioksidan No 1 di dunia. Tak ada produk lain yang sama kualiti macam vemma ! Kalau belum minum jus tu elok la ambil pengajaran dari firman Allah SWT “Janganlah kamu memperkatakan tentang perkara yang kamu tidak ketahui”. Nah tuhan dah bagitau kalau tak tahu jangan cakap kalau cakap juga berdusta namanya dan berdusta itu boleh mendatangkan dosa. Memang la otai2 vemma dapat banyak duit sebab mereka yang terawal ambil risiko join bisnes ni dulu. Jangan la nak sama gaji CEO dengan orang yang baru masuk kerja…realistik la sikit bro !
Peace No WAR

2 | iJam

July 9th, 2009 at 12:36 pm

Avatar

Aku setuju dengan kata-kat shsaad. Terimakasih atas pandangan anda.

3 | putra

October 16th, 2009 at 12:22 am

Avatar

aku salah sorang yg dah “terkena” dgn vemma nih. aku takde modal besar tapi nak cuba cari duit. tapi aku pelik, apasal tak payah jual produk tapi boleh kaya. aku pun termakan kata-kata dlm iklan internet sebab aku tgh despret nak cari duit.
pejam mata je aku bayar jadi ahli vemma dgn pakej “termurah” RM tiga ratus lebih. dapat le 2 botol air manggis yang dikatakan bagus sangat tu. aku pun join le perjumpaan pengenalan pertama. pada aku le, cara penyampaian orang-orang yg dah kaya raya tu memperkenalkan vemma dan produknya kpd orang-orang baru pun cukup tak meyakinkan. cara bercakap pun tak pandai langsung.
pastu ask tekankan suruh ambil pakej yg harganya RM5000 lebih tu.
oh… patutla tak jual produk pun boleh kaya-raya, rupanya duit yang buat orang kaya tu ialah duit daripada orang bawah masuk ahli. bila masuk pakej yg besar kena tarik ahli masuk pakej yg besar juga supaya cepat kaya. yg tu je dah buatkan aku rasa tak senang dgn bisnes ni.
tapi aku cuba jugak la iklan kat internet, orang kata kalau nak senang cari downline pakai iklan berbayar.
tuh diaa…. tengok kat google ads, berita harian online, utusan online, harakahdaily, lelong.com.my etc etc etc…. penuh dah dgn iklan vemma. masa aku buat google ads, aku tengok ada yg sanggup bid sampai RM3 per click.
orang-orang baru nak mengiklan apekebendenyerr. kalau nak modalkan RM300 untuk mengiklan bak kata “otai-otai” yang dah kaya kononnya tu. tu pun belum tentu orang nak masuk bawah kita.
sistem vemmabuilder tu pun satu hal… bulan-bulan kena bayar mentenen USD19, kalau tak dapat downline pun still kena bayar gak.
aku pun cancel je la google ads. sekarang tgh nak cancelkan akaun vemmabuilder aku. mmg hampeh betul, takde pun option untuk quit atau cancel membership.
aku pasti, target seterusnya ialah student-student IPT terutamanya bila masa diaorang dapat duit ptptn. yelah, senang pengaruh student ni sebab boleh cari poket duit sendiri, tambahan pulak asrama ipt banyak yang ah ada internet.
kesimpulannya, vemma memang hampeh.

4 | ani

October 18th, 2009 at 8:15 pm

Avatar

so what should we do? nak stop mcm mana?

5 | iJam

October 18th, 2009 at 10:03 pm

Avatar

Baca la dia punya FAQ. Fahamkan betul-betul sebab orang takkan ajar kita macamana nak berenti. Dekat FAQ Vemmabuilder tu ada diterangkan bagaimana nak stop dari melanggan.

6 | Abu Dzar

February 4th, 2010 at 10:24 am

Avatar

kepada saudara – saudari se Islam ku, kamu rujuklah pada yang pakar untuk memperkatakan ttg hal perniagaan… tanyalah ulama2 & ustaz2..

zaharudin.net iaitu Isu Syariah dalam Perniagaan MLM.

7 | soul

February 22nd, 2010 at 1:00 pm

Avatar

kepada rakan2 sekalian, aku pun terkena jugak dengan vemma ni, tiap2 bulan kalau korang check card credit korang…nah..bukan USD19 jer rm3++ pun kene bayar,ok aku ada cara nk stop vemma ni, korang ingat lagi kad IC vemma builder korang kan, ok nk STOP korang call HQ kat PJ tu korang kasi ID korang n STOP..kalau tidak abis la, tiap2 bulan aku kene bayar kad kredit beratus2..utk dpt 2 botol jus tu jer..baik aku wat simpanan jer duit tu.ok
TQ

Peace No WAR jugak ….

8 | Akak tertipu

March 8th, 2010 at 6:13 pm

Avatar

kalau ikutkan betul dan fahamkan betul2 bussiness vemma ni,takde beza ngan mlm yg lain..menindas org bawah..slagi tak dpt paid member 5 org dlm ms sebulan,drg tetap akan potong rm68 kat dlm akaun korang..mcm hawau jekk..baik simpan duit tu setiap bulan kat bank lg bagus!

Comment Form


    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       Klik for make money   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • Mits: aku pun baru jer nak merangkak belajar neobux ni.. Prospek ada
  • Akak tertipu: kalau ikutkan betul dan fahamkan betul2 bussiness vemma ni,takde beza ngan mlm yg lain..menindas org bawah..slagi tak dpt paid member 5 org dlm ms seb
  • Zu M: iera82, Saya sendiri masih join vemma. Apa yg penting, calculate budget at least 6 months untuk aktif Vemma. kena maintain produk - kalau pakej RM3

My Child's Photo

    564

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia