Laman Web Iklan Percuma.
Sebagaimana yang sedia maklum, saya adalah admin kepada satu laman web iklan percuma iaitu iklan4all.com. Untuk artikel kali nie, nak cerita sikit masalah web iklan percuma ni.
Memandangkan ianya adalah satu laman web iklan percuma, maka agak banyak juga banner yang di masukkan untuk saya paparkan kepada umum. Setakat nie, promosi untuk iklan banner semua tempat kecuali di ruangan eksklusif dan unrotated banner, semuanya adalah percuma sahaja. Untuk ruangan eksklusif dan unrotated banner ini takde masalah kerana ianya ’special’. Masalah utama ialah banner di tempat lain iaitu iklan terbang, iklan sebelah logo dan iklan muka hadapan. Nak tahu apa masalahnya?
Sebenarnya masalah nie takla besar sangat tapi melecehkan. Banner yang diletakkan tidak sama saiz dengan apa yang dikehendaki. Contohnya untuk iklan terbang. Saiz yang di beri ialah 125 x 125 px. Tapi ramai yang tak paham agaknya. Ada satu tu, saiz banner yang melampau-lampau diletakkan, contohnya 300 x 200. Come on la beb. Macam budak-budak la.
Jadi dengan berat hati
, saya nak maklumkan kepada semua, sesiapa yang ingin bannernya diletakkan di tempat-tempat percuma ini, masukkanlah saiz banner yang betul kerana selepas ini, saya akan terus delete banner-banner yang tidak mengikut saiz yang di tetapkan. Jangan marah…
Selain dari itu, berita baik juga. Saya bercadang untuk melanjutkan banner percuma ini sehingga…bila yek. Nantilah bila dah fikir esok saya akan bagitau. Tengah ngantuk..
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















