Jom sembang sekejap

rahsia e bay

Hari Ibu


ibuHari Ibu. Tahukah anda sebenarnya bila tarikh Hari Ibu diraikan? Di Malaysia dan di sesetengah negara lain, Hari Ibu disambut pada setiap hari Ahad pada Minggu Kedua bulan Mei.

Antara lirik lagu P.Ramlee dalam lagunya ibu “Ibu, Ibu, Engkaulah ratu hidupku. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu…”

Walaupun begitu, ingat, menghargai ibu atau bapa bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Arahannya mesti diturut selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah dalam surah al Ankabut, ayat 8 yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya”.

Selagi kita berupaya memberi khidmat kepada keduanya, semasa badan kita sihat, selalulah membantu ibu dan bapa kita. Jika keduanya masih hidup, rajin-rajinlah menziarahnya dan tunaikanlah  tanggungjawab kita sebagai anak.

Sebuah riwayat menyatakan telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w dan bertanya, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Jawab baginda, “Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.

Khutbah Jumaat yang lepas ditempat aku, antara isi kandungan khutbah Jumaat yang dibacakan oleh khatib kepada para jemaah, telah diriwayatkan bahawa telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang pemuda mengadukan kepada baginda bahawa seorang lelaki tua telah datang kepadanya dan hendak mengambil hartanya.

Baginda lantas bertemu dengan orang tua tersebut dan bertanya kenapa dia hendak mengambil harta-harta tersebut. Orang tua itu menjawab. “Dia ini adalah anakku. Dahulu akulah yang kuat, dia lemah. Dahulu akulah yang kaya, dia miskin. Dahulu dia selalu mengambil hartaku sedang aku sendiri tidak pernah menghalangnya. Tetapi sekarang, aku telah lemah, dia kuat. Aku miskin, dan dia kaya. Bagaimana Rasullullah?.”

Apabila mendengar penjelasan dari orang tua tersebut, baginda menangis. Setelah beberapa ketika baginda berkata kepada pemuda tersebut, “Semua hartamu adalah milik ayahmu.” Baginda mengulang lagi kepada pemuda tersebut, “Semua hartamu adalah milik ayahmu”.

Tidakkah kita terfikir bahawa kedudukan dan kemewahan yang kita capai sekarang adalah satu proses yang panjang bermula dari didikan kedua ibubapa kita. Mereka membesarkan dan mendidik kita walaupun tiada sebarang perjanjian dibuat antara kita dengannya.

Jadi renung-renungkanlah. Anda boleh baca satu blog nie. Artikelnya bertajuk Renungan Sempena Hari Ibu. Best.

p/s : Betulkan kalau aku silap kat mana-mana.

© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.

Artikel Menarik

Oleh: iJam Kategori: Sembang Email Artikel Ini Email Artikel Ini

No Responses to "Hari Ibu"

Comment Form


    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   forexbling
       Klik for make money   jutawan
       RevTwt   exabytes
  • Zamree: Salam semua Peminat Pro & Kontra.. Hari Ini Ramai antara Member dari Networking Vemma Berpatah Balik Ke Mencari Peluang,peluang,peluang.... say
  • org penang: hai semua.... sya pun bru jer join vemma,,,sya rasa klu bisnes ni boleh mendatangkan pendapatan sampingan ..apa salah mencuba,,,
  • Abu Dzar: kepada saudara - saudari se Islam ku, kamu rujuklah pada yang pakar untuk memperkatakan ttg hal perniagaan... tanyalah ulama2 & ustaz2.. zaharu

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia