Hantar mesej sambil melayari web
Anda pernah dengar mengenai laman web Twitter.com? (http://twitter.com). Laman web twitter ialah laman web yang membolehkan anda menghantar mesej kepada rakan-rakan anda. Lihat saja dimana muka depan laman web ini tertulis…
Twitter is a service for friends, family, and co–workers to communicate and stay connected through the exchange of quick, frequent answers to one simple question: What are you doing?
Anda mungkin pernah mendengar juga aplikasi percuma Twitterbar 0.0.8 yang menyokong pelayar web Firefox 2.0. Dengan keluarnya pelayar versi baru iaitu Firefox 3 maka anda mesti mencuba pula aplikasi terbarunya (firefox add-ons) iaitu TwitterFox 2.0.
Firefox add-ons ini dilengkapi icon dan tetingkap yang memudahkan anda berhubung melalui akaun Twitter anda. Contohnya ..anda boleh menghantar mesej untuk mengumumkan aktiviti semasa anda dan membalas mesej daripada rakan-rakan anda dengan lebih pantas sambil anda melayari web. Tetapi sebelum menguji aplikasi ini, pastikan anda mempunyai akaun di laman web Twitter.com.
Anda boleh dapatkan add-ons ini di laman web Firefox di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox atau pergi saja ke laman web pemajunya di http://naan.net/trac/wiki/TwitterFox.
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















