Hadiah dari PETRONAS MAS?
Cerita panas gak nie. Baru sekejap tadi saya telah menerima SMS ke hp saya dengan ayat yang tertulis…” Congratulations. Sim-Card Anda Telah Bertuah Memenangi Hadiah Utama Wang Tunai RM30,000 dr “PETRONAS MAS”. Sila call/tel : 0128379279. Terima Kasih.”
Tak sedap hati dengan ayat tersebut, saya pun surf kat internet nie. Taip je ‘Petronas Mas’ kat Google Search, punya la banyak berita ni. Dan betul seperti sangkaan saya bahawa ianya adalah scam. Mula-mula rasa nak try jugak la call nombor tu (nombor Sabah/ Sarawak tu) kerana pada asalnya, nombor yang dihantar ialah 006281…. iaitu nombor yang berasal dari Indonesia, tapi tukar fikiran. Biarkanlah sesiapa yang hantar tu.
Sebenarnya anda boleh membuat aduan jika terdapat perkara seperti ini ke NCCC iaitu National Consumer Complaints Centre atau dalam Bahasa Melayunya Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional dengan cogankatanya “Adil, Mudah dan Efisyen”. Anda boleh melihat artikel berkaitan dengan scam SMS “Petronas Mas” ini di sini.
Sebarang aduan berkaitan dengan perkhidmatan atau barangan boleh di hantar secara online kepada mereka.
Anda juga boleh melihat kenyataan dari pihak Petronas di sini.
© 2008, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















