Dapatwang.com – dapatwang hanya dengan klik – Kupasan
Mula-mula terimakasih pada saudara Ikhwan kerana komennya dalam artikel JutawanKlik menarik perhatian aku. “Bagaimana pula dengan dapatwang.com?” Itulah soalannya. Ok. Jom kita sama-sama fikir. Aku dah cerita bab Jutawanklik, aku dah cerita bab getpay2click. Benda yang sama. Kita kupas pulak dapatwang.com sebab aku tak benda nak di buat hari ni.
Pada aku sama je. Dapatwang.com pun lama-lama akan lingkup dan yang ‘loadednya’ dah tentu la tokenya. (Lepas ni mesti ada orang hantar email maki aku). Aku tak kisah ada orang yang marah dengan kenyataan aku. Dapatwang.com ada 3 pakej. Pertamanya Bronze dengan bayaran sebanyak RM50. Satu klik dapat RM0.10. Jika dia tidak menaja, maka dia memerlukan (RM1.00 = RM0.10 x 10klik) sekurang-kurangnya (10×50) 500 klik untuknya balik modal. Ternyata admin mesti untung besar kerana dalam 500 klik yang diperlukan oleh ahli, mesti sekurang-kurangnya 10 orang akan join. Katalah semua yang join tu ambik pakej Bronze jugak. Maka admin akan dapat RM500 sementara ahli yang 10 orang tadi memerlukan 5000 klik untuk masing-masing balik modal.
Ok, dengan RM500 yang admin dapat, admin cuma perlu membayar (RM5 x 10) RM50 sahaja kepada si ahli pertama yang mencari 10 downline tadi. Macamana? Untuk pakej lain, anda fikir sendiri.
Apa yang ditawarkan apabila menjadi ahli dapatwang.com? Cuma 4 software biasa yang aku boleh download di internet dengan percuma.
Sori la. Aku sebenarnya tak berminat dengan laman web yang tidak menawarkan apa-apa perkhidmatan. Cuma menguntungkan tokenya aje. Ahli-ahlinya? Sibuk mereka-reka ayat supaya orang klik pada link mereka.
Aku ni admin pada laman web iklantunai.com. Aku sendiri menawarkan perkhidmatan iaitu siapa yang menjadi ahli, boleh meletak 3 banner dan iklan tanpa had di laman web aku. Jadi, ada perkhidmatan dan nampak perjalanan web tu. Disamping ahli menjadi affiliate kepada laman web aku, ahli juga boleh memasarkan produk anda sendiri yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka.
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Berkaitan
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















