Cuaca sejuk melampau di Britian
Malam minggu nie, biasanya aku akan dok depan TV tengok EPL, tapi macam yang semua sedia maklum, cuaca di Britian masa ni mengalami musim sejuk yang melampau. Antara perlawanan yang di tunda ialah Sunderland-Bolton, Hull-Chelsea, Liverpool-Tottenham dan beberapa perlawanan lagi. Suhu di sekitar Tanah Tinggi Scotland dikatakan pada paras -21.6 darjah Celcius iaitu hampir sama dengan suhu di Kutub Selatan iaitu -22.9 darjah Celcius. Di Britian, suhu yang paling rendah dicatatkan di Altnaharra, wilayah Wester Ross. (dipetik dari Berita Harian Online)
Tengok je la gambar kat sebelah tu. Sampai minyak pun beku. Macamana orang nak main bola.
Nasib baik ada beberapa game yang masih berlangsung macam sekarang nie, tengah layan Arsenal-Everton.
Terdapat juga beberapa berita bola yang menarik perhatian iaitu Kejohanan Piala Afrika yang berlangsung di Angola. Pasukan dari Togo, yang bas mereka telah diserang semasa melintasi sempadan di mana 3 orang telah terbunuh termasuk pemandu bas tersebut. Togo dikatakan telah menarik diri dari kejohanan tersebut.
Hmm..Macam-macam.
© 2010, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Menarik
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















