ASB dan Overdraft – Betul ke aku?
Aku tau orang lain dah lama buat. Tapi aku baru je nak start. Isy. Takde modal. Petang tadi CIMB call kata loan aku dah lulus. Seronok gila. Mula-mula ingat nak simpan dalam ASB dengan duit OD aku. Tapi, lepas kena ‘basuh’, aku pun setuju je dengan cadangan ‘Personal Financial Consultant’ yang aku jumpa. Pikir-pikir, betul jugak cakap dia. Maklumlah, aku nie takde pun belajar bab-bab nie.
Aku buat OD dapat 18K. Lepas tu, buat loan ASB 100K. Sebulan kena bayar 621, bermakna aku kena bayar setahun RM7452. Kalau aku guna duit OD aku untuk bayar setahun, aku cuma perlu bayar untuk interest OD, BLR -2% iaitu 3.55%. Maknanya lebih kurang RM270. Betul ke salah aku nie?
Untuk tahun kedua ASB, bayarannya aku boleh la topup dari dividen ASB yang aku dapat. Kalau kurang dari 7.5%, maknanya kena tambah la sikit. Kalau lebih, boleh la cover untuk OD aku. Lagipun sijil ASB yang aku cagar tu pun still dapat dividen punya.
Nie loan ASB aku yang ketiga. Yang first dengan second, takde masalah sebab aku dah boleh cover dengan dividen tahunan yang ASB bagi. Sebenarnya aku tak nampak pelaburan lain yang kurang berisiko untuk aku masuk selain dari ASB nie. Selalu jugak aku baca blog orang tentang guna OD untuk beli hartanah dan lain-lain tapi aku rasa, aku belum lagi terlepas ke situ. Mungkin lepas nie, sape tau kan.
Tapi, betul ke aku buat macam tu?
© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Menarik
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Email Artikel Ini








![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















