Bloggers mestilah mempunyai satu jangka masa penulisan tetap mereka, tidak kiralah samada seminggu sekali, dua kali, tiga kali atau pun setiap hari, kita mestilah menulis apabila sampai waktunya. Ini akan menjadikan pembaca kita tidak ternanti-nanti penulisan kita.
Cuba bayangkan, kebiasaannya kita menulis 2 hari sekali, tetapi pada minggu itu, kita terlajak sampai seminggu. Kadang-kadang dengan sebab yang tidak nampak serius ini akan mengakibatkan pembaca kita lari kerana menganggap bahawa blog kita tidak dikemaskini.
Tetapi masalah di sini, bolehkah kita mencetuskan idea penulisan dalam jangka waktu tersebut? Ingat senang ke nak menulis? Jadi cadangan saya, sediakan artikel kecemasan untuk di baca jika pada masa tersebut kita kekeringan idea.
Contohnya saya telah menulis satu artikel hari ini. Sedang saya menulis, saya teringatkan satu artikel yang agak menarik untuk di kongsi kepada pembaca. Jadi , saya akan tuliskan ia pada notebook saya untuk di simpan sebagai artikel kecemasan memandangkan saya telah pun menulis satu artikel tadi.
Mudah kan? ![]()



















