As Seen On Google?
Pernah tengok laman web ini? Bisnes yang paling mudah sekali. Harganya RM49.90. Sori, aku tak join benda nie, tapi kepada yang terfikir nak sertainya, anda harus faham apa yang dijual dan apa yang anda perlu buat selepas membuat pembayaran.
Kepada sesiapa yang pernah sertainya, sila betulkan kalau aku salah. Pada pendapat aku, laman web begini hanya menjual 2 mukasurat sahaja iaitu laman penjualan dan pembayaran. Setelah anda membuat pembayaran, anda akan diberikan kod html dan ubah kepada nama dan akaun bank anda pada laman pembayaran. Upload pada hosting anda sendiri dan mulakan menjual dengan ayat-ayat manis anda.
Siapa yang dah sertai program ni? Cepatla betulkan aku kalau aku salah. Ada berani? Aku rasa pernah nampak program ni tapi secara global la (bahasa inggeris). Aku rasa yang mula-mula buat ni, mesti dia ciplak dari sana.
(Update) Aku dah jumpa dah laman web aslinya. Lihat gambar di bawah:
Amacam? Sama tak?
© 2010, Jom sembang sekejap. All rights reserved.
Artikel Menarik
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang
Email Artikel Ini









![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















