Jom sembang sekejap

easyhits4u

Apakah bisnes GDI?


Apa itu bisnes GDI

Apa itu bisnes GDI

Buka pula bab GDI kali nie. Dengan aku sekali terjebak. :) Setelah membuat risikan dan kajian, aku dengan bangganya, join la GDI ni. Tujuan aku menaip ni, cuma nak kongsi maklumat tentang apa yang aku dapat. Disebabkan aku masih baru lagi dengan GDI-GDI ni, aku harap ada Otai-Otai yang sudi berkongsi maklumat kat blog aku yang mesra alam ni.

Apa agaknya GDI nih? Baca nih. GDI bermaksud Global Domains International (GDI) iaitu syarikat yang aku anggap sebagai perniagaan internet sejati. Kenapa? Sebab GDI adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet iaitu menjual nama domain dotWS (.ws).

Syarikat ini ditubuhkan pada 1999 dan telah menerima pengesahan daripada United States Department of Commerce sebagai pembekal tunggal domain berstatus dot WS ke seluruh dunia! Terdapat beberapa syarikat gergasi yang telah bergabung dengan GDI iaitu Intel Corporation, Yahoo, AT&T, eBay Inc, dan lain-lain. Cukup dulu intro dia. Anda boleh cari maklumat lainnya di internet sebab aku nak cerita pulak bab macamana nak join, macamana nak cancel join (apa tu) dan macamana nak buat duit dan habis duit dengan GDI nie.

Ok. Macamana nak join? Senang je. Tempoh percubaan diberi selama 7 hari dan selepas itu jika anda tidak berminat anda boleh batalkan akaun anda. Selepas 7 hari, anda akan dikenakan bayaran sebanyak USD10 (RM35) sebulan untuk maintain website anda. Kalau nak daftar, boleh la klik kat sini, join dengan aku. Masukkan nama pertama dan kedua anda dan klik ‘GO’. Lepas tu isikan borang berkaitan.

Macamana dengan pembayaran? Kalau takde akaun PayPal atau Kad Kredit, pakai je kad Maybank buah ceri anda. Caranya, login ke maybank2u dan aktifkan Maybankard Secure Online Shopping anda seperti dibawah:

Apakah bisnes GDI

Lepas tu, isikan maklumat berkaitan.

Apakah bisnes GDI

Apakah bisnes GDI

Sekarang, anda boleh gunakan kad buah ceri anda untuk website .ws anda kelak. Boleh daftar di sini.

Bagaimana buat duit dengan GDI? Tahukah anda bahawa, kebanyakan dari mereka yang menyertai GDI bukan sekadar mahu memiliki website sendiri, tetapi adalah kerana peluang untuk menjana pendapatan bulanan yang mereka sediakan, iaitu sebagai bonus kerana menggunakan perkhidmatan mereka dengan program Affiliate.

Apa itu GDI

Apa itu GDI

Macamana tu? Aku pun mula-mula tak faham. Tapi lepas godek dashboard GDI aku, baru aku tau sebenarnya GDI ni sama je macam program affiliate lain. Yang dipromosikan ialah nama domain .ws. Contohnya, bila anda mendaftar, anda akan mendapat satu domain bernama http://my.ws/ibsns. Itulah produk GDI. Anda membeli domain .ws dan melayakkan anda untuk mempromosikan domain .ws dan buat duit jika ada orang menyertai di bawah anda.

Cara yang paling mudah jika anda hendak terangkan pada prospek baru yang berminat atau downline anda ialah begini. Misal kata, downline anda pun beli domain dengan GDI. Kene bayar $10 dollar setiap bulan. Jadi, berapa komisen yang anda dapat? Anda akan dapat $1 setiap bulan seandainya downline anda kekal membayar $10 setiap bulan. Jadi, jika aku ada 1 downline yang sah dan membayar $10 untuk bulan pertama, aku pun turut dapat $1 sebagai komisen. Jika ianya berjalan selama 10 bulan. Korang dah dapat $10 untuk 10 bulan, bukan? Nampak sikit bukan? Tapi itu jika 1 orang. Jika anda ada 100 downline dan 100 orang tu kekal membayar $10 dollar setiap bulan. Bukankah anda dengan sambil tido aje dapat $100 dollar setiap bulan? Itu 1 bulan. Jika 12 bulan? $1200 setahun. Itu kiraan mudah. Jika kurang, anda dapat kurang. Jika lebih, anda dapat lebih la kan.

Mahal ke USD10 sebulan? Masing-masing. Ada yang kata mahal, ada yang kata ‘duit topup aku je RM35 nie’. Betul tak? Terpulang masing-masing.

Bagaimana mendapat bayaran? Ada 2 pilihan. Pertama melalui akaun PayPal anda. Dan kedua ialah cek. Untuk PayPal minimum USD10 dan untuk cek minimum USD25. Anda pilih sendiri.

Dah join GDI? Nak join klik di sini. Atau dah join tapi nak keluar? Sambung lagi sikit.

Aku pun tak tau apa sebabnya, tapi korang dah fikir masak-masak ke nak keluar GDI? Kalau kita tengok di laman web GDI, terdapat satu je cara macamana nak berhenti dari melanggan hosting GDI ni iaitu dengan menalipon mereka yang ada kat US tu. Mahal gila nak call sana. Ada cara lain tak?

Aku tau, anda pun macam aku. Speaking mat saleh berterabur. Sampai mat saleh pun tak paham. Anda boleh call mereka atau hantar email suruh mereka call anda. Ada berani? Atau, jika anda pakai kad buah ceri tu, kosongkan akaun anda. :) Terdapat sebab-sebab tertentu mengapa GDI hanya membenarkan panggilan telefon sahaja untuk menutup akaun. Anda boleh cari sebabnya di blog-blog lain. (Nanti blog lain tak boleh cari makan).

Selain dari talipon, sebenarnya anda boleh hantar email kepada ws_support@wsdomains.com. Tetapi anda mesti masukkan ayat yang menyatakan bahawa Bahasa Inggeris anda berterabur. Contohnya:

Tajuk : Cancel My GDI account.

Isi : I wish to cancel my GDI account immedietly but my English is very bad. This is my detail..

Name:

Username:

Can you?

Thanks.

-Nama Anda-

Lebih kurang macam tu la. Nanti GDI akan hantar anda email yang bertanyakan Sequrity Questions yang telah anda masukkan semasa pendaftaran anda. Sila jawab dengan tepat.

Apa lagi nak tulis yek? Stop dulu. Kalau nak join dengan aku boleh klik kat sini.

© 2009, Jom sembang sekejap. All rights reserved.

Artikel Menarik

Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang Email Artikel Ini Email Artikel Ini

7 Responses to "Apakah bisnes GDI?"

1 | norziah bukari

November 12th, 2009 at 4:43 pm

Avatar

laman web gdi ni senang ke nak wt?sy x tau wt laman web.nak belajar ngan sape?macam2 sy dh msk jd agent jual hosting ni,salah 1 myportal,ads4 bucks tp susah coz kena jmpa org face to face.mcm gdi ni cari org dlm internet je ke?adakah laman web gdi ni senang org nak jumpa?cth page 1.

2 | iJam

November 12th, 2009 at 6:17 pm

Avatar

Laman web GDI, tak payah sibuk-sibuk nak buat. Dia akan bagi anda pilihan 8 jenis laman web kalau anda betul-betul tak tau. Jumpa orang? Langsung tak payah. Orang semua dah tau apa dia .ws. Laman web GDI senang orang nak jumpa? Saya adalah salah seorang pengguna Traffic Exchange dan boleh dikatakan setiap 20 yang saya surf akan jumpa 1 yang orang promosi GDI ni.

3 | mohd sabree

December 9th, 2009 at 6:15 pm

Avatar

kenape aku email tak boleh ye?

kena reject la..

macam mane nak buat

4 | iJam

December 11th, 2009 at 1:02 am

Avatar

Ko nak email kat sape yek?

5 | Mezain

January 3rd, 2010 at 11:10 pm

Avatar

Salam Tahun Baru..

Wah! Makin ramai yang join GDI ni. Bolehlah kita kongsi kongsi cara promosi GDI yang berkesan.

6 | Sha

January 6th, 2010 at 10:50 pm

Avatar

Sya pn cuba nak emel utk cancel tp tak lps…nape ek? Emel tu tak kena kt mana?

7 | iJam

January 7th, 2010 at 3:47 pm

Avatar

Mcamana email anda tu, boleh bagi contoh?

Comment Form


    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   forexbling
       iktunai   jutawan
       RevTwt   exabytes
  • Zamree: Salam semua Peminat Pro & Kontra.. Hari Ini Ramai antara Member dari Networking Vemma Berpatah Balik Ke Mencari Peluang,peluang,peluang.... say
  • org penang: hai semua.... sya pun bru jer join vemma,,,sya rasa klu bisnes ni boleh mendatangkan pendapatan sampingan ..apa salah mencuba,,,
  • Abu Dzar: kepada saudara - saudari se Islam ku, kamu rujuklah pada yang pakar untuk memperkatakan ttg hal perniagaan... tanyalah ulama2 & ustaz2.. zaharu

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia