Mula-mula terimakasih pada saudara Ikhwan kerana komennya dalam artikel JutawanKlik menarik perhatian aku. “Bagaimana pula dengan dapatwang.com?” Itulah soalannya. Ok. Jom kita sama-sama fikir. Aku dah cerita bab Jutawanklik, aku dah cerita bab getpay2click. Benda yang sama. Kita kupas pulak dapatwang.com sebab aku tak benda nak di buat hari ni.
Pada aku sama je. Dapatwang.com pun lama-lama akan lingkup dan yang ‘loadednya’ dah tentu la tokenya. (Lepas ni mesti ada orang hantar email maki aku). Aku tak kisah ada orang yang marah dengan kenyataan aku. Dapatwang.com ada 3 pakej. Pertamanya Bronze dengan bayaran sebanyak RM50. Satu klik dapat RM0.10. Jika dia tidak menaja, maka dia memerlukan (RM1.00 = RM0.10 x 10klik) sekurang-kurangnya (10×50) 500 klik untuknya balik modal. Ternyata Baca Lagi »
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang
Siapa yang biasa dengan Forex? Ha, kali nie aku nak kongsi pendapatan pada10 Nov 09 dan 11 Nov 09 aku dengan forex nih. Bukan nak berlagak, bukan nak tunjuk hebat. Aku cuma nak cari kawan je. Sesiapa yang biasa dengan forex nih bolehlah tunjuk ajarku sifu sebab aku bukannya terer sangat. Sifu-sifu bolehla hubungi aku menggunakan contact form yang di sediakan. Kalau ramai, aku ingat nak buka satu ruangan forum. Sebab aku berminat nak belajar.

10 Nov 09

11 Nov 09
Klik pada gambar untuk besarkan. Tq.
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang
Malam minggu lepas telah berlangsungnya perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Aku pun turut sama terpaku depan tv sebab promosi yang hebat kat suratkhabar tentang betapa ‘panasnya’ nanti perlawanan yang bakal berlangsung.
Tetapi tujuan aku cuma satu. Nak tengok gelagat-gelagat ‘biasa’ penyokong bolasepak Kelantan. Selalunya cuma baca kat akhbar atau tengok dalam berita je. Kali nie aku nak tengok ‘live’ punya aksi.
Aku bukan tak biasa dengan Kelantan nie. Stadium Sultan Muhammad Ke IV tu dah berpuluh kali aku masuk. Sori aaa, aku keje kat Kelantan 5 tahun. Dan akhirnya cita-cita aku tercapai dengan gelagat segelintir dari penyokong-penyokong setia Kelantan.
Kalau menang pun ‘mengamok’ inikan pulak kalau kalah. Kepada mereka-mereka yang terlibat tu, lain kali tak payah la tengok bola kat stadium. Tengok je la kat rumah sendiri, sukahati la nak bakar tv ke, nak bakar kerusi meja kat rumah ke, nak lastik burung ke. Jangan la jadikan stadium tempat anda melepaskan geram dan dendam.
Sebabnya, fikirkanlah orang lain sekali. Ada yang bawa anak bini, family pergi stadium tu. Artikel ini khas untuk penyokong bolasepak Kelantan yang ‘merbahaya’ kepada orang lain. Kepada yang ‘tak bahaya’, teruskan sokongan anda kepada pasukan bolasepak kesayangan anda!
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Kepada semua ahli dan kepada semua yang bakal menjadi ahli iklantunai.com, aku ada beberapa perkara nak dimaklumkan. Tujuannya ialah supaya anda semua menukar pandangan anda yang menyatakan iklantunai.com ialah laman web buat duit. Ini kerana apa yang aku lihat, kebanyakan ahli yang upgrade keahlian mereka tidak menghantar banner kepada aku menyebabkan ianya kelihatan seolah-olah laman web ini tidak mempunyai produk atas pembayaran anda semua. Baca semula FAQ yang terdapat di laman iklantunai.com dan fahamkan.
Aku akan cuba huraikan secara ringkas sedikit kat sini apa yang berlaku setelah pembayaran dibuat oleh anda dan apa yang anda dapat.
- Pembayaran keahlian anda membolehkan anda meletak iklan teks tanpa had di iklantunai.com. Keahlian adalah selama setahun.
- Membolehkan anda meletak 3 banner di 5 tempat yang disediakan di iklantunai.com. Banner boleh di tukarganti. Anda hanya perlu email kepada admin dan berikan banner yang hendak ditukar dan banner yang hendak diganti.
- Iklantunai.com bukanlah laman web syarikat. Ia adalah kepunyaan persendirian. Admin sebenarnya menyewakan ruang yang terdapat di iklantunai.com kepada ahli yang membuat pembayaran.
- Imbuhan yang anda dapat dari admin iklantunai.com adalah imbuhan kepada anda kerana berjaya membawa pelanggan baru yang menyewa ruang yang disediakan di iklantunai.com.
- Sila ubah pandangan anda. Iklantunai.com bukanlah laman web skim cepat kaya atau pelaburan haram internet. Admin cuba memberi perkhidmatan menyewa ruang banner kepada anda dengan harga yang berpatutan. Anda cuba cari, dimanakah tempat yang anda boleh letak 3 banner sekaligus yang boleh ditukarganti dengan keahlian selama setahun hanya dengan RM50?
- Anda mungkin nampak statistik downline anda tetapi jika anda lihat masih tiada ‘income’ untuk anda maknanya downline anda masih lagi belum upgrade. Pendaftaran percuma hanya selama 2 minggu sahaja dan jika dia tidak ‘upgrade’, maka pendaftarannya akan di batalkan. Ini untuk membolehkan sesiapa yang berminat, masuk mengisi ruang tersebut.
Jadi kepada ahli-ahli, silalah hantar banner anda. Jangan jadikan laman web iklantunai.com sebagai tempat anda mengadu nasib. Admin iklantunai.com menyewakan ruang kepada anda. Dah bayar, hantar banner, letakkan iklan anda. Jadi laman web tu, taklah nampak beku je.
Aku tak mahu nanti ada orang yang mengadu..”Eh, kenapa aku tak dapat duit?” atau “Kenapa aku tak di bayar?“.
Ok, geng. Teruskan promosi!!
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang

Apa itu bisnes GDI
Buka pula bab GDI kali nie. Dengan aku sekali terjebak.
Setelah membuat risikan dan kajian, aku dengan bangganya, join la GDI ni. Tujuan aku menaip ni, cuma nak kongsi maklumat tentang apa yang aku dapat. Disebabkan aku masih baru lagi dengan GDI-GDI ni, aku harap ada Otai-Otai yang sudi berkongsi maklumat kat blog aku yang mesra alam ni.
Apa agaknya GDI nih? Baca nih. GDI bermaksud Global Domains International (GDI) iaitu syarikat yang aku anggap sebagai perniagaan internet sejati. Kenapa? Sebab GDI adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet iaitu menjual nama domain dotWS (.ws).
Syarikat ini ditubuhkan pada 1999 dan telah menerima pengesahan daripada United States Department of Commerce sebagai pembekal tunggal domain berstatus dot WS ke seluruh dunia! Terdapat beberapa syarikat gergasi yang telah bergabung dengan GDI iaitu Intel Corporation, Yahoo, AT&T, eBay Inc, dan lain-lain. Cukup dulu intro dia. Anda boleh cari maklumat lainnya di internet sebab aku nak cerita pulak bab macamana nak join, macamana nak cancel join (apa tu) dan macamana nak buat duit dan habis duit dengan GDI nie.
Baca Lagi »
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang
Web baru aku iklantunai.com kini semakin panas! Semalam je tak cukup tangan aku. Mana yang upgrade lagi dan yang withdraw. Maklumlah, kalau ramai orang upgrade keahlian, maka ramai jugalah yang akan menjana pendapatan. Disebabkan level payment yang tinggi, aku rasa, ada yang dah balik modal dah.
Tahniah kepada yang dah balik modal atau untung. Sebab modal baru RM30. Teruskan usaha anda mempromosi dan anda yang belum join, bila lagi? Jom beriklan dan jana pendapatan di iklantunai.com!!
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site
Kali nie aku nak kongsi aku punya pendapatan dengan anda semua. Pendapatan yang aku dapat nie semuanya adalah hasil dari penyertaan aku dengan laman-laman web yang percuma sahaja. Maknanya, buat kerja secara sambilan. Suka-suka. Join free, dapat duit free. Tak payah susah-susah keluar modal.
Semuanya laman web luar. Kat Malaysia, takde. Kalau ada pun, mungkin program PPL (PayPerLead). Dan yang lebih hampir ialah klikjutawan dan getpay2click. Tapi dua-dua tu kena bayar dan anda boleh lihat komen yang panjang berjela dari pembaca-pembaca blog nie kat sini. Jadi…dengan tidak membuang masa lagi
Baca Lagi »
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang