Hmm…nak cerita sikit pasal webhosting.
Apa itu webhosting? Soalan yang nampaknya mudah, tapi nak jawab, kena fikir jugak. Bagi yang masih baru dalam dunia internet, ayat ‘webhosting‘ ini agak mengelirukan sikit.
Tapi takpe, saya akan cuba jelaskan disini. Katakan sekarang ini anda ingin membina dan memiliki sebuah website anda sendiri yang bernama www.domainanda.com. Maka disini ada 3 perkara asas yang mesti anda ketahui.
- Website
- Nama Domain
- Webhosting
Website
Secara logiknya website ialah tempat kita bekerja ataupun rumah atau pejabat kita. Kita memerlukan bahan-bahan lain seperti simen, batu, kayu, paku dan lain-lain untuk membina rumah atau pejabat kita ini.
Untuk membina website pula, kita memerlukan perisian-perisian (software) untuk membangunkan website kita seperti Dreamweaver, Frontpage, Adobe Photoshop dan lain-lain.
Nama Domain
Nama domain ini pula adalah seperti alamat rumah kita. Nama domain anda seperti yang telah dinyatakan dalam contoh di atas ialah www.domainanda.com. Anda boleh membina rumah tanpa alamat, tetapi orang tidak akan jumpa rumah anda!
Anda boleh mendapatkan nama domain ini dimana-mana pendaftar nama domain yang banyak terdapat di internet.
Webhosting
Anda sekarang telah mempunyai rumah dan alamat, tetapi dimanakah tapak rumah anda? Ya, webhosting ialah umpama tapak rumah anda. Tanpa tapak rumah, rumah anda tidak dapat dibina. Untuk memiliki sebuah website, anda mesti mempunyai webhosting ini.
Webhosting ini sebenarnya adalah sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh mengaksesnya. Oleh itu anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang pergi ke website anda.
Itulah penerangan ringkas dan sepadat mungkin yang boleh saya terangkan tentang konsep asas webhosting.
Anda boleh dapatkan perkhidmatan webhosting ini di penyedia-penyedia perkhidmatan webhosting yang banyak terdapat di internet. Harganya pula bergantung kepada pakej yang anda ambil termasuklah
- Ruang Web – diukur dalam unit MB
- Kadar bandwith sebulan – ianya ibarat jalanray kerumah anda. Semakin besar bandwith semakin besar jalanraya menuju ke rumah anda (tidak sesak)
- Script yang anda ingin gunakan – PHP, ASP, CGI
- MySQL, Access – pengkalan data (samada anda perlukan atau tidak)
- Sokongan – sokongan dari penyedia perkhidmatan
dan banyak lagi. Semuanya bergnatung kepada anda.
Oleh: iJam Kategori: Sembang









![Validate my RSS feed [Valid RSS]](imej/valid-rss.png)

















