Jom sembang sekejap

frwc


Untuk maklumat semua, blog iklan percuma aku di blogger.com iaitu iklanpercumakita.blogspot.com terpaksa di tutup. Ini adalah kerana blog tersebut telah di godam dan menyebabkannya ‘redirect’ kesatu blog lain yang sibuk dengan promosi peribadinya.

Walaubagaimana pun, aku telah buka satu lagi blog iklan percuma yang lain. Alamatnya ialah jom-iklanpercuma.blogspot.com. Jadi kepada anda yang nak letak iklan percuma cara baru, bolehlah pergi ke blog aku tu. Tapi kenapa jadi macam nie?

Kalau anda nak tahu, mudah je. Dengki. Selagi sifat nie ada, memang banyak cubaan yang akan datang. Dan aku masih ingat lagi masa mula-mula aku wujudkan blog tu. Penuh dengan gambar lucah hasil dari sifat pendengki nie. Mula-mula tu sempatlah aku delete, lama-lama sampai tak larat. Tutup sekejap. Lepas tu aku buka balik. Baru la slow sikit.

Tapi jangan terkejut pulak kalau anda terjumpa lagi gambar yang pelik-pelik dalam blog tu sebab hasil kerja orang yang pendengki nie. Mungkin masa tu aku tak sempat nak delete. Sebab semua iklan yang dihantar, di luar kawalan aku. Lepas anda isikan form untuk letak iklan, ‘refresh’ blog aku tu, dan iklan anda akan keluar. Cukup simple.

Oleh: iJam Kategori: Sembang

Tags: ,

Salam kepada semua ahli iklan4all.com. Dah lama aku rasa tak menulis kat blog nie. Hari nie aku cerita skit kenapa sesetengah ahli, akaunnya kena suspend di iklan4all.com. Tujuannya supaya kalau akaun anda kena suspend nanti, tak payahla sibuk-sibuk hantar email kat aku minta balik anda punya akaun tu. Setakat nie, ala baru 2, 3 orang je yang aku suspend kan akaunnya.

Kriteria pertama yang jadi pilihan aku ialah orang yang hantar iklan dengan tajuk yang sama sampai menenggelamkan iklan orang lain. Contohnya, hantar iklan dengan tajuk yang sama sampai 15 kali dalam satu masa. Iklan dia je kat depan tu. Macam la orang lain tak de iklan nak hantar. Aku gelar orang macam nie, orang yang gila iklan. Kalau nak hantar banyak pun, gunala tajuk yang berlainan.

Kriteria kedua nie yang special sikit. Dia guna boxbe autoresponder. Jadi kepada ahli yang menggunakan boxbe.com, sila masukkan email aku sebagai email yang disahkan. Ni tak. Bila aku hantar email kat dia, dia balas balik guna boxbe. Sampai meluat aku. Kalau anda rasa tak nak terima email dari iklan4all, tak payah jadi member. Tak payah letak iklan. Sampai penuh mailbox aku dengan email boxbe ni.

Jadi kepada mereka-mereka yang akaunnya telah dibekukan, anda masih boleh menghantar iklan sebenarnya. Daftar semula menggunakan email lain dan letaklah iklan anda.

Oleh: iJam Kategori: Sembang

Sori la kawan-kawan. Dah dekat 5 hari aku tak on komputer. Ada urusan yang lebih penting untuk aku selesaikan. Kepada semua members yang upgrade keahlian di iklantunai.com, hari ni baru aku dapat upgrade kan. Semua banner yang telah disubmit dan urusan pengeluaran akan aku cuba selesaikan hari ini juga. Jadi apa crite yang menarik dalam 5 hari nie?

Pada aku tentulah berita yang paling aku tunggu-tunggu setiap hujung tahun – Dividen ASB. Tahun nie dapat la 7.3% dan bonus pulak 1.25%. Aku tau kiraan dividen untuk ASB tetapi kurang faham tentang kiraan bonusnya. Selalunya, apa yang aku dapat dalam kiraan aku tak sama dengan kiraan yang dibuat dalam buku ASB aku.

Walaubagaimana pun setelah ditanya dengan pakcik Google adala 2, 3 blog yang menerangkan dengan detail tentang kiraan bonus ASB nie. Tq. Tapi aku malas nak kira balik sebab nti aku terlampau excited. Nak tau kenapa?

Sebab loan ASB aku 190K! Dan tak lupa TAHNIAH kepada pasukan bolasepak Sukan SEA kita yang mampu ke final setelah bertahun-tahun mengecewakan. Jadi sekarang aku nak off komputer, lepak depan tv!

Oleh: iJam Kategori: Sembang

terimakasih

Eh. Lain macam je tajuk artikel aku nie. Nak tutup blog ke?  Kekadang kita ni jarang atau sering terlupa mengucapkan perkataan yang mudah ni. TERIMAKASIH.

Sempena menyambut Maal Hijrah pada 18 Dis ni dan Tahun Baru, saya ‘Khairulnizam bin Zahar’ selaku pentadbir blog ini, juga admin kepada laman web iklan4all.com dan iklantunai.com ingin mengucapkan ‘terimakasih yang tidak terhingga‘ kepada semua pembaca, tukang komen, pengguna laman web, dan ahli-ahli laman web yang saya tadbir. Semoga semua usaha, cita-cita dan pencapaian anda pada tahun ini telah tercapai dan jika belum, dapat sama-sama kita teruskan pada tahun hadapan. :)

Oleh: iJam Kategori: Sembang

Dah penat aku menaip, dah berbuih air teh tarik aku, kini muncul lagi satu laman web yang menawarkan ganjaran berbentuk wang untuk setiap klik. Myspacemoney.com. Itulah nama laman webnya. Bisnes yang betul-betul menguntungkan tuan punya laman web. Keuntungan yang diperolehi oleh empunya laman web ini dianggarkan 450% (Sila lihat artikel aku yang lepas).

Tapi kali ini, ia diuruskan oleh syarikat! Untung gila. Semua dah besar, dah akil baligh dah. Korang pikir la sendiri.

Oleh: iJam Kategori: Sembang

Anda menggunakan Firefox sebagai web browser anda? Bosan melihat GUInya yang satu macam tu? Anda sekarang boleh mengubah GUInya dengan memasukkan add0n yang bernama Personas. Anda boleh dapatkan addon ni di getpersonas.com . Lihat GUI Firefox aku kat bawah. Setiap hari anda boleh menukar GUI Firefox anda hanya dengan satu KLIK!

personas

Oleh: iJam Kategori: Sembang

dapatwangAku dah agak orang tak suka. Aku dah agak orang mesti benci punya. Tapi aku terpaksa bagitau je. Artikel aku yang lepas berkaitan dengan dapatwang.com, langsung takde orang komen (setakat artikel ni di tulis). Berbanding dengan artikel klikjutawan dan getpay2clik. Kenapa? Sebab apa yang aku tulis tu ada kebenarannya. Tapi tahu tak anda semua (ahli dapatwang.com) boleh mendapat keuntungan yang besar tanpa sibuk meminta orang klik pada link anda?

Benda yang simple je. Anda berpakat-pakat la dalam 20 ke 50 orang ahli. Letak semua link anda di satu tempat (contoh di blogspot). Kemudian pakat klik ramai-ramai kecuali link anda. Masalahnya anda semua tidak sepakat dan tidak kenal antara satu sama lain. Ingat tak pepatah yang mengatakan ‘Sepakat Membawa Berkat’.

Katalah anda ada 51 orang. Setiap hari kesemua mereka klik pada link rakan-rakan. Bermakna seorang akan dapat 50 klik = 50 klik x 10sen = $5!!! Kalau 30 hari? Amacam? Pakatla ramai-ramai. Dengan aku tak bolehla sebab aku bukan ahli dapatwang.com. :)

Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang


    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       Klik for make money   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • zip martin: mayb program ni ada btl nya, n mayb jugak program ni ada kelentongnya.. pd yg sukses 2 tlg la bantu kwn yg lain, jgn la kta pdn muka, 2 nk bg mrh org
  • Jun: Dalam sedar atau tidak sedar ramai yang menyertai program mencari wang kerana memang ada yang perlukan wang, sekadar mencuba atau memang mahu terlibat
  • wan: haha..padan muke kowang!! aku da join 4bulan..aku dapat je komisye rm365 sian la kowang..

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia