Theme bermaksud bentuk atau ‘design’ blog. Contohnya blog saya ini menggunakan 3 column theme. Jika anda rajin melihat lain-lain blog kebanyakkannya menggunakan 3 column theme kerana lebih banyak pilihan untuk meletakkan iklan dan sebagainya di laman blog tersebut.
Sebenarnya tidak kiralah 2, 3 atau 4 column sekalipun, ianya bergantung kepada kehendak dan citarasa pengendali laman blog itu sendiri. Jika dia rasakan 2 column yang sesuai, maka 2 column lah yang akan di gunakan. Bagaimana pun theme bagi laman blog WordPress ini tiada masalah langsung dalam penukaran theme kerana anda boleh menukar theme blog anda, bila-bila masa sahaja.
Oleh: iJam Kategori: Basic Blogging
Betul ke idea anda? Tajuk artikel nie nampak gempak tetapi tidak mustahil ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Artikel kali ini akan mengupas persoalan sesetengah orang. Katakan anda mempunyai produk, dan anda sedang bercadang untuk mengeluarkannya. Tup-tup bila produk anda mula di jual, anda terjumpa pula satu lagi produk yang lebih kurang sama atau dalam kes yang terlampau, produk anda hampir sama dengan produk orang lain. Macamana agaknya perasaan anda dan perasaan orang yang ingin membeli produk anda. Adakah anda akan terus ’stop’ produk anda atau anda buat tak tahu je? Mesti ada orang akan berkata bahawa anda meniru produk orang lain sedangkan produk itu 100% ‘original’ dari anda. Pada pendapat saya, teruskan saja. Biar lah orang nak kata apa. Mulut tempayan memang tak boleh ditutup dengan pinggan nasi. Walaupun sebenarnya anda sudah rugi lebih-lebih lagi jika produk anda lewat dikeluarkan berbanding yang satu lagi.
Jangan putus asa. Produk anda ialah produk anda. Kaji pula kebaikan dan keburukan pesaing anda dan gunakan strategi perniagaan anda. Turunkan harga produk anda (kalau boleh jangan!) atau berikan lebih keistimewaan kepada pembeli-pembeli anda berbanding dengan pesaing anda. Zaman ini, pembeli lebih bijak memilih mana satu produk yang baik, berkualiti dan bak kata pepatah, alah membeli menang memakai.
Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah siapa tiru siapa tetapi persamaan idea yang tercetus di antara 2 peniaga. Biasala tu. Anggaplah ia satu persaingan yang sihat. Meniaga kat internet nie pun sama je dengan berniaga kat luar tu. Banyak cubaan dan rintangan yang harus anda hadapi.
Oleh: iJam Kategori: Sembang bisnes
Anda pasti mempunyai banyak gambar-gambar menarik yang ingin dikongsi kepada dunia. Bagaimanapun gambar-gambar tersebut mungkin anda mahu edit dahulu sebelum di pamirkan. Tetapi masalahnya anda tidak mempunyai perisian suntingan foto. Jangan risau, saya akan memberikan jalannya.

Yang paling utama ialah anda mempunyai sambungan internet. Buka google dan taipkan “Online Photo Editor” dan anda akan dapati banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan suntingan foto ini dari yang percuma sehinggalah yang berbayar. Jadi, carilah yang percuma!
Saya ingin mencadangkan kepada anda, cubalah http://blibs.com. Ia menawarkan pelbagai efek menarik seperti gambar Polaroid, Thermal, Lighting, Charcoal, Emboss, Flare dan banyak lagi. Jika tak percaya, pergilah sekarang!
Oleh: iJam Kategori: Tool Web
Kepada pembaca-pembaca blog nie, saya minta maafla kan sebab kena pegi Melaka 2-3 hari nie. Jadi tak sempat lagi nak masukkan artikel terbaru kat blog nie. Kepada yang setia bersama blog sembangkejap.com nie terimakasih la banyak-banyak. Tak sempat lagi nak layari internet nie untuk cari bahan-bahan menarik untuk pembaca sekelian. Balik tadi terus je ‘on’ komputer, buka blog nie lepas tu ‘blank’ sekejap.
Lari tajuk ke? Saya rasa tidak sebab seperti yang telah dinyatakan sebelum nie, kelebihan blog ialah anda boleh menulis apa sahaja yang anda mahu. Jadi kepada sesiapa yang masih belum mempunyai blog tu, buatlah satu. Kalau sesuatu benda tu anda tak boleh nak ucapkan, maka anda tulislah. Bagi seluruh dunia tahu.
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Fuh, tajuk macam dalam filem pulak rasanya. Kali nie saya nak bagitau lagi satu software yang digunakan untuk menghapuskan jejak anda samada di internet atau sebagainya. Perisian ini ialah CCleaner v2.10. Ianya baru sahaja di update pada 30 Julai baru-baru ini.

Perisian ini adalah Freeware dan apa agaknya yang di bersihkan? Menurut laman webnya di http://ccleaner.com, perisian ini akan membersihkan PC anda dari perkara-perkara seperti di bawah:

Ini termasuklah fail-fail sampah yang terdapat di dalam PC anda. Contohnya anda telah ‘uninstall’ satu perisian dari PC anda. Perisian yang telah di buang ini tidak akan bersih sepenuhnya dari PC anda. Kesannya, membazirkan ruang cakera keras anda bahkan boleh menjejaskan prestasi sistem. Jadi folder perisian yang di buang ini mestilah di hapuskan juga. Senang cerita, cubalah dulu.
Oleh: iJam Kategori: Tool Web
Cuil. Pernah ke anda dengar nama tu? Tahukah anda bahawa cuil.com ialah laman web enjin carian terbaru yang terdapat di internet. Biasakan diri anda dengan nama tersebut kerana tidak lama lagi, nama ini (saya pun tak tahu bagaimana menyebutnya) akan bersaing dengan nama besar lain seperti google, yahoo, ask dan lain-lain enjin carian.

Apa yang di terangkan di laman webnya ialah cuil bermaksud pengetahuan dalam bahasa Irish lama. Tahukah anda juga bahawa hampir kebanyakan dari pengaturcara laman web enjin carian ini ialah bekas-bekas pekerja dari Google yang mahu membina enjin carian yang lebih baik dari Google sendiri?
Oleh: iJam Kategori: Tahukah Anda?
Artikel kali ini akan memberikan pendedahan kepada anda perisian yang boleh mengunci fail-fail yang ingin anda lindungi di komputer anda. Perisian yang akan di gunakan ialah KaKa File Encryption 1.2

Perisian ini merupakan sebuah pelindung fail yang menyokong platform Windows. Ianya dilengkapi teknologi penyulitan (encryption) fail yang amat efektif dan berkuasa. Ianya menggunakan empat algoritma penyulitan yang dikenali sebagai Blowfish, AES, MD5 dan Triple-DES.
Dengan perisian ini anda boleh mengunci sejumlah fail berlainan format menggunakan kata laluan yang kukuh dan ianya termasuklah fail yang agak besar saiznya dalam masa yang singkat.
Anda boleh download perisian ini di laman webnya iaitu http://www.kakasoft.com.
Oleh: iJam Kategori: Tool Web