Terkejut aku dengan jumlah carian melalui google melalui kata kunci diatas. Memang tengah panas isu nie sekarang. Berpuluh laporan polis telah dibuat. Owner blog telah pun membuang entrinya dan memohon maaf secara terbuka tapi dia ingat senang-senang je boleh di maafkan.
Empunya blog dikenali sebagai Aduka Taruna atau AT dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan dari Seremban. Yang nie pun aku tau lepas tengok blog theunspinners. Dan melalui Malaysiakini.com pula, dikatakan bahawa blogger ini telah pun menyerah diri kepada pihak berkuasa di IPD, Kota Bharu.
Itula, kan aku dah pesan dalam artikel aku Etika dan Tanggungjawab blogger. Lain kali baca la dulu. Kepada blogger-blogger lain, ambillah pengajaran darinya.
Oleh: iJam Kategori: Uncategorized
Pernah tengok laman web ini? Bisnes yang paling mudah sekali. Harganya RM49.90. Sori, aku tak join benda nie, tapi kepada yang terfikir nak sertainya, anda harus faham apa yang dijual dan apa yang anda perlu buat selepas membuat pembayaran.
Kepada sesiapa yang pernah sertainya, sila betulkan kalau aku salah. Pada pendapat aku, laman web begini hanya menjual 2 mukasurat sahaja iaitu laman penjualan dan pembayaran. Setelah anda membuat pembayaran, anda akan diberikan kod html dan ubah kepada nama dan akaun bank anda pada laman pembayaran. Upload pada hosting anda sendiri dan mulakan menjual dengan ayat-ayat manis anda.
Siapa yang dah sertai program ni? Cepatla betulkan aku kalau aku salah. Ada berani? Aku rasa pernah nampak program ni tapi secara global la (bahasa inggeris). Aku rasa yang mula-mula buat ni, mesti dia ciplak dari sana.
(Update) Aku dah jumpa dah laman web aslinya. Lihat gambar di bawah:

Amacam? Sama tak?
Oleh: iJam Kategori: Make Money Site| Sembang
Sekian lama aku tunggu dan nantikan. Akhirnya berakhir jua dengan kemunculan artikel dari blog yang paling aku gemari iaitu kepunyaan MIA.
Dengan idea yang dikeluarkan berbentuk kronologi, jom pakat ramai-ramai baca. Kasi terbuka sedikit minda, jiwa dan rohani kita yang selama ini tertutup rapat hasil dari persekitaran yang mencabar sekarang.
Jom baca artikel dari MIA dengan artikelnya Isu Nama Allah: Kronologi 1.
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Terdapat 2 kes tangkapan yang menjadi perhatian aku minggu lepas iaitu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar Herald. Yang pertama adalah seorang blogger, kalau tak silap aku dan yang keduanya oleh seorang chatter.
Kesimpulan pertama yang aku boleh buat ialah kepekaan PDRM dalam menangi masalah ni. Dan yang kedua ialah etika dan tanggungjawab seseorang individu yang terlibat dalam penulisan blog atau lebih popular lagi ‘blogger’.
Pada pendapat aku ‘blogger’ bukan hanya individu yang menulis untuk blognya tetapi individu yang menghantar komen didalam blog juga boleh dianggap sebagai seorang ‘blogger’. Dan harus diingat bahawa mereka ini juga harus mempunyai etika dan tanggungjawab yang sama seperti tuan empunya blog itu sendiri.
Tujuan aku tekankan di sini ialah kerana terdapat segelintir dari pengkritik dalam blog ini yang aku anggap komennya tidak layak untuk disiarkan. Komen yang kebudak-budakan, menyakitkan hati orang dan tidak beretika, aku rasa tidak layak dipaparkan dan dibaca. Itulah sebabnya setiap komen yang dihantar didalam blog ni akan di ‘tangguhkan’ dahulu dan perlu disahkan oleh aku dulu.
Tapi manusia, tak reti bahasa. Bila komennya tak keluar, dia hantar lagi komen yang memaki hamun dan sebagainya. Kononnya pendapatnya bernas dan layak di baca oleh orang ramai. Aku tidak akan memegang kepada tag-line ni..Ini blog aku, sukahati aku lah nak tulis apa. Dan para tukang komen juga haruslah bersikap demikian. Anda sebenarnya bertanggungjawab terhadap apa yang anda tulis dan tulisan anda dibaca oleh manusia dari serata dunia. Bukannya dibaca oleh semut dan cicak.
Jadi fikir-fikirkanlah.
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Tahukah anda versi apakah firefox sekarang. Kalau nak tau senang je. Klik pada ‘Help’ dan ‘About Mozilla Firefox’. Ya, pada hari ini 13 Dis ‘10, versi firefox ialah 3.5.7. Bagaimanapun komuniti ini sedang meningkatkan lagi web browser ini ke versi 3.6 dan tahukah anda apa nama kod projeknya?
Nama kod atau pun ‘code name’ bagi Firefox 3.6 ialah Namoroka? Apakah Namoroka dan kenapa ianya digunakan? Nak tahu lebih lanjut, klik di sini.
Oleh: iJam Kategori: Tahukah Anda?
Malam minggu nie, biasanya aku akan dok depan TV tengok EPL, tapi macam yang semua sedia maklum, cuaca di Britian masa ni mengalami musim sejuk yang melampau. Antara perlawanan yang di tunda ialah Sunderland-Bolton, Hull-Chelsea, Liverpool-Tottenham dan beberapa perlawanan lagi. Suhu di sekitar Tanah Tinggi Scotland dikatakan pada paras -21.6 darjah Celcius iaitu hampir sama dengan suhu di Kutub Selatan iaitu -22.9 darjah Celcius. Di Britian, suhu yang paling rendah dicatatkan di Altnaharra, wilayah Wester Ross. (dipetik dari Berita Harian Online)
Tengok je la gambar kat sebelah tu. Sampai minyak pun beku. Macamana orang nak main bola.
Nasib baik ada beberapa game yang masih berlangsung macam sekarang nie, tengah layan Arsenal-Everton.
Terdapat juga beberapa berita bola yang menarik perhatian iaitu Kejohanan Piala Afrika yang berlangsung di Angola. Pasukan dari Togo, yang bas mereka telah diserang semasa melintasi sempadan di mana 3 orang telah terbunuh termasuk pemandu bas tersebut. Togo dikatakan telah menarik diri dari kejohanan tersebut.
Hmm..Macam-macam.
Oleh: iJam Kategori: Sembang
Dari RM1.45/kg kini harga gula telah naik ke RM1.65/kg sesuai dengan kedatangan tahun baru. Harga pun mestilah baru. Daripada berjanji tidak akan menaikkan harga gula, tapi tiba-tiba je naik harga. Aku tau tujuannya. Untuk mengelakkan stok habis gara-gara pembekal simpan stok untuk menunggu harga dinaikkan.
Walaupun aku satu family jarang beli gula berkampit-kampit atau berguni-guni, tapi aku tau, kalau kat Malaysia nie, minyak naik, harga barang naik. Gula naik, harga makanan pun mesti akan naik dan silap-silap habis semua harga barang, toke kedai akan naikkan sebab alasannya harga gula naik. Betul tak?
Untuk makluman, walaupun setelah kenaikan harga sebanyak 2o sen ni, kerajaan masih lagi menanggung subsidi sebanyak Rm1.008 billion setahun! Banyak gila tu atau dengan ringkasnya 80 sen setiap kg. Dulu beli gula-gula RM0.10 dapat 4, sekarang kekadang dapat 2 kekadang dapat 1, akan datang sebiji gula-gula harganya 50 sen. Siapa tau..
Oleh: iJam Kategori: Sembang