Komputer yang anda gunakan atau pemacu mudahalih anda biasanya menjadi tempat anda menyimpan fail penting (biasanya termasuk dalam kategori sulit dan peribadi). Sebahagian fail tersebut kadang-kadang masih perlu di simpan dan tidak kurang juga yang perlu di hapuskan. Ini penting kerana fail yang mengandungi maklumat bernilai (identiti anda) tidak sepatutnya jatuh ke tangan orang lain.
Untuk melindungi PC atau pemcau mudah alih anda dari perkara tersebut (kecurian identiti), saya cadangkan satu lagi perisian keselamatan yang menarik untuk diuji iaitu Drag’n'Crypt ULTRA 2.0.0 dan CyberShredder 1.10.
Drag’n'Crypt ULTRA 2.0.0 adalah perisian penyulitan (encryption) yang mampu melindungi fail sulit atau persendirian anda. Ianya dilengkapi teknologi algoritma TEA yang agak kukuh. Amat mudah digunakan iaitu sesuai dengan namanya. Hanya heret dan lepaskan fail-fail yang terlibat. Anda hanya perlu menarik dan lepaskan fail yang belum atau sudah dikunci pada ‘zon sasaran’ yang disediakan. Proses mengunci dan mebuka fail ini dilakukan secara automatik dan sepantas kilat dan juga boleh dipadam dengan selamat.
CyberShredder 1.10 pula boleh menghapus atau memusnah fail sulit dan persendirian dengan pantas, selamat dan kekal. Anda boleh mencuba perisian-perisian ini dengan pergi dan download di laman web nya seperti berikut.
- Drag’n'Crypt ULTRA 2.0.0 - http://www.bitcore.de/dcu/home.html
- CyberShredder 1.10 - http://www.cylog.org/utils_9.asp
-



















