Jom sembang sekejap

Archive for the ‘Wordpress’ Category

WordPress 2.8.2 released

Posted by: iJam In: Wordpress

wordpressTidak lama selepas Wordpress 2.8.1 dilancarkan, kini updatenya telah pun dikeluarkan iaitu versi 2.8.2. Sekejap je aku rasa. Lebih kurang 2 minggu. Wordpress 2.8.2 ialah update yang berasaskan keselamatan (security update). Jadi anda disarankan segera update ke versi terbaru ini.

Anda sebenarnya boleh update dengan mudah dan pantas dengan pergi ke administrator panel, klik pada tools > dan klik pada upgrade. Anda juga boleh download di sini.

Sambung sikit tentang artikel aku yang lepas, sebagaimana yang kita ketahui perlawanan kedua antara MU dan Malaysia telah pun selesai dengan MU macam biasa menang 2-0. Semalam aku tengok Live Game antara Liverpool dengan pasukan kebangsaan Thailand. Walaupun seri 1-1, pada aku Liverpool tidak menurunkan barisan terkuatnya. Torres hanya bermain 10 minit sebelum perlawanan tamat. Steven Gerrard takde dan pemain pertahanannya banyak muka baru.

Jadi no komen walaupun sebenarnya aku kagum dengan gol penyamaan Thailand. Gerakan 1-2 yang mudah yang aku tak nampak langsung pemain Malaysia buat.

wpupgradeDengan ‘release’nya WordPress 2.8 beberapa minggu lepas, terdapat beberapa kompilasi dan/atau kebimbangan dari komuniti pengguna WordPress adakah mereka patut atau tidak upgrade versi WordPress yang mereka gunakan sekarang. Ini kerana versi upgrade biasanya akan menyebabkan versi yang tidak stabil terutama pada setting dan plugin WordPress yang sedia ada.

Tapi jika dilihat dari segi sejarah pembangunan WordPress dan komuniti yang membangunkannya, setakat ini mereka telah melakukan tugas yang amat baik. Anda sebenarnya boleh upgrade WordPress anda hanya dengan satu klik menggunakan funsi yang telah terbina didalam script WordPress anda.

Baca Lagi »

WordPress 2.8 Beta 2

Posted by: iJam In: Wordpress

wpWordPress 2.8 Beta 2 telah pun di keluarkan untuk ujian. Hanya kira-kira seminggu selepas Beta 1. WordPress Beta 1 telah dikeluarkan pada 15 Mei 09 manakala Beta 2 pada 23 Mei 09.

Anda boleh melihat perubahan yang dilakukan dari WordPress 2.8 Beta 1 ke Beta 2 di sini. Dan tahukah anda, WordPress 2.7.1 yang digunakan sekarang ialah yang terbaru dikeluarkan.

Lihat betapa cepatnya perubahan yang dilakukan oleh komuniti Sumber Terbuka ni.

WordPress 2.7.1

Posted by: iJam In: Wordpress

Untuk pengumuman, WordPress 2.7.1 iaitu versi senggaraan 2.7 yang pertama telah pun di lancarkan.

WordPress 2.7.1 telah membaiki sebanyak 68 tiket masalah yang di hadapi dari versi WordPress 2.7. Jika anda telah menggunakan versi 2.7 atau versi 2.7.1 RC1 (versi cubaan), anda akan menerima satu pemberitahuan untuk upgrade versi anda ke versi yang terbaru ini di blog anda. Anda boleh upgrade dengan pergi kepada Tools > Upgrade pada menu wp-admin anda.

Jika anda masih lagi menggunakan WordPress 2.6.x, maka anda terpaksa upgradenya secara manual dengan download WordPress versi terbaru ini, Upload pada server dan seterusnya Upgrade.

Anda boleh download WordPress 2.7.1 di sini atau jika anda mahu lihat senarai penuh perubahan yang di lakukan dari WordPress 2.7 ke WordPress 2.7.1 di sini.

WordPress tv

Posted by: iJam In: Wordpress

Adakah anda menggunakan WordPress sebagai platform blog anda? (Atau anda masih belum mempunyai blog sendiri?) Untuk pengetahuan sahabat semua, WordPress telah pun melancarkan satu blog berkonsepkan tv! Apa benda tu? Kalau nak tahu cuba klik di sini.

wordpress_tvWordPress.tv ialah satu laman blog yang segalanya berkaitan dengan WordPress (apa dan bagaimana). Ianya di ujudkan oleh Automattic Inc. iaitu kumpulan yang sama yang mewujudkan platform WordPress ini.

Jika anda masih terkial-kial tentang blog WordPress anda atau anda ingin menukar dari blogger ke WordPress atau anda saja-saja ingin tahu, bolehlah ke laman webnya.

Banyak info dan pengetahuan yang anda boleh dapat di sini berkaitan dengan blogging menggunakan platform WordPress.

Tukar Theme

Posted by: iJam In: Wordpress| Wordpress Theme

Hari nie sesapa yang tengok blog aku mestiĀ  tengah pening sebab sekejap colour lain, lepas tu post sekejap ada, sekejap takde. Sebenarnya aku tengah tukar Theme WordPress aku nie yang aku ‘hack’ sendiri. Nampak bersih la sikit.

myblogItulah dia aku punya ‘interface blog yang lama. Makin lama aku tengok makin serabut je, tu yang aku ambil keputusan untuk tukar themenya.

Macamana? Mata pun sejuk la sikit la kan. Kaler putih, hijau, biru je dan ada la sesikit kaler lain yang aku guna.

Macamana pun banyak benda lagi nak kena buat. Ok..Salams

:)

youtubeLeka dengan youtube hari nie. Tapi tiba-tiba je teringat kat blog. Untuk pengetahuan, saya telah memasukkan satu poll untuk mendapatkan pendapat dari para pengunjung tentang keperluan untuk membuat satu buku berkaitan dengan pemasangan WordPress. Poll tersebut telah pun berada di bahagian ‘widget’.

Jadi, sambil layan youtube, saya cari juga tutorial untuk pemasangan WordPress melalui cPanel hosting. Dan akhirnya terjumpa satu yang saya rasa agak lengkap juga.

Baca Lagi »



    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       Klik for make money   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • Mits: aku pun baru jer nak merangkak belajar neobux ni.. Prospek ada
  • Akak tertipu: kalau ikutkan betul dan fahamkan betul2 bussiness vemma ni,takde beza ngan mlm yg lain..menindas org bawah..slagi tak dpt paid member 5 org dlm ms seb
  • Zu M: iera82, Saya sendiri masih join vemma. Apa yg penting, calculate budget at least 6 months untuk aktif Vemma. kena maintain produk - kalau pakej RM3

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia