Jom sembang sekejap

Archive for the ‘Tool Web’ Category

ipromotePPC (Pay-Per-Click) adalah satu dari penyelesaian internet marketing kepada mereka yang ingin memasarkan sesuatu produk. Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan PPC ialah Google Adsense, Bidvertiser dan lain-lain.

Kini, termasuk dalam satu lagi senarai PPC ialah iPromote.com. Antara maklumat yang aku dapat setelah menbaca ’support’ untuk web ini ialah iklan anda akan dipaparkan di laman web Yahoo, Microsoft dan lain-lain jaringan di dalam iPromote ad network. Bajet serendah USD$5 sehari. Mereka juga mempunyai kawalan kepada siapa iklan anda akan di paparkan (geographic location). Yang lain anda boleh ke laman webnya di sini.

Twitter Feed

Posted by: iJam In: Tool Web

twitterfeedAnda seorang blogger? Anda seorang pengguna Twitter? Nak update kandungan blog anda ke Twitter? Banyaknya soalan. :)

Kepada para blogger dan Twitter, kini terdapat banyak cara untuk anda menggunakan perkhidmatan percuma memasukkan post artikel didalam blog anda ke akaun twitter anda.

Jadi dengan mudahnya para pengikut anda di dalam Twitter (followers) mengetahui perkembangan terkini anda melalui artikel yang anda tulis. Baca Lagi »

1Anda pernah menggunakan perkhidmatan dari kampyle ni? Aku sendiri baru mencubanya. Apakah perkhidmatannya? Cuba lihat di penjuru kiri sebelah bawah blog aku.

Klik padanya, akan keluar satu pop-up untuk anda komen apa-apa tentang blog aku nie. Cool jika anda boleh memasukkannya ke laman web/blog anda dan anda boleh menggunakan imej anda sendiri untuk menggunakannya. Tapi aku pakai imej yang di sediakan. Malas nak buat. Banyak kerja beb.

Anda boleh mencubanya dengan pergi ke laman web kampyle dan yang paling penting sekali ianya PERCUMA!!!

RingTone Eksklusif

Posted by: iJam In: Tool Web

Tahukah anda bahawa terdapat satu laman web yang menawarkan servis menyunting lagu MP3 atau apa sahaja format muzik digital untuk di jadikan nada dering dengan beberapa langkah mudah sahaja! Laman web tersebut ialah makeownringtone.com.

makeownringtoneWalaupun anda lihat rekaan laman web ini amat ringkas, tetapi kandungan atau servis yang ditawarkan adalah agak hebat juga dan amat berguna sekali. Anda boleh edit lagu-lagu kegemaran anda dan jadikan ia sebagai nada dering (ring tone) eksklusif untuk anda sendiri.

Anda boleh bahagian mana lagu yang anda suka. Potong dan sunting mengikut kesesuaian anda dan mengikut halwa telinga anda, semuanya secara ‘online’.

Baca Lagi »

Peralatan yang dilengkapi storan USB seperti Thumbdrive, iPod, pemain MP3, telefon bimbit sebenarnya boleh menjadi ejen pembawa malware iaitu virus atau trojan untuk menjangkiti komputer anda. Malware ini akan memperalatkan fail autorun.inf untuk mengaktifkan dirinya apabila anda cuba membuka pemacu tersebut dengan ‘klik’ pada ikonnya. Dan tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah melaksanakan satu perintah yang merbahaya yang termuat dalam fail autorun tadi. Jadi tidak hairan jika ramai di antara kita (pengguna PC tegar) yang terkena usikan malware ini contohnya Flash.10.exe.

Walaubagaimanapun, jangkitan malware menerusi storan USB ini masih boleh di tepis jika anda menggunakan perisian yang sesuai. Contohnya Ninja Pendisk 1.4.

Ianya boleh di konfigurasi untuk melindungi PC anda daripada malware yang dibawa oleh Thumbdrive.

Baca Lagi »

Bawa Koleksi Data Anda

Posted by: iJam In: Tool Web

Kita sebenarnya menyimpan banyak maklumat di dalam fikiran kita dan ianya ibarat ‘super komputer‘ semula jadi yang ada pada kita. Indahnya ciptaan Tuhan. Kita boleh menjawab dengan sepantas kilat jika ada orang bertanya tentang nama kita, nama ibu kita dan benda-benda yang selalu bermain di dalam fikiran kita. Ini tidak termasuk dengan akaun-akaun bank kita. Saya sendiri mengingati semua akaun bank saya! Jika ada orang yang menyoal no akaun bank saya, tidak kira bank apa, dengan sepantas kilat ianya akan terpacul keluar dari mulut saya.

Itu benda yang biasa, bagaimana pula dengan maklumat-maklumat lain seperti butiran kenalan atau alamat laman web? Kadangkala ianya perlu di akses ketika anda bergerak atau sedang melakukan sesuatu perjalanan. Tambahan sekaran ini semakin banyak kemudahan internet tanpa wayar yang mempunyai liputan yang lebih meluas di seluruh dunia.

koolgo.net

koolgo.net

Sehubungan dengan itu, anda mungkin hendak menghasilkan satu koleksi kenalan atau senarai alamat laman web yang anda boleh muatkan didalam poket. Ini boleh menjadi realiti jika anda menggunakan perisian percuma ini yang bersifat mudahalih iaitu seperti Addressido 1.0, AddressCube 1.1 dan Safavor 2.0.

Baca Lagi »

Terdapat pelbagai perisian dan khidmat percuma sejak kebelakangan ini yang dimajukan oleh individu atau syarikat yang antara lain mempromosikan perkhidmatan berbayar mereka. Ini sebenarnya memberikan lebih kebebasan pengguna PC yang banyak melayari internet. Dan adalah menjadi tanggungjawab sosial kita supaya menggunakan kemudahan ini secara positif. Contohnya sekarang ini terdapat perakam imej skrin(screenshot) laman web/blog yang digemari. Laman yang anda ingin rakam ini mungkin mempunyai maklumat berguna untuk dirujuk, di kongsi, disunting dan diterbitkan dengan cara lain.

Anda boleh mencuba khidmat percuma berasakan web seperti SuperScreenshot atau Thumbalizer.

Baca Lagi »



    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       Klik for make money   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • Mits: aku pun baru jer nak merangkak belajar neobux ni.. Prospek ada
  • Akak tertipu: kalau ikutkan betul dan fahamkan betul2 bussiness vemma ni,takde beza ngan mlm yg lain..menindas org bawah..slagi tak dpt paid member 5 org dlm ms seb
  • Zu M: iera82, Saya sendiri masih join vemma. Apa yg penting, calculate budget at least 6 months untuk aktif Vemma. kena maintain produk - kalau pakej RM3

My Child's Photo

    564

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia