Jom sembang sekejap

Archive for the ‘Make Money Site’ Category

Pernah tengok laman web ini? Bisnes yang paling mudah sekali. Harganya RM49.90. Sori, aku tak join benda nie, tapi kepada yang terfikir nak sertainya, anda harus faham apa yang dijual dan apa yang anda perlu buat selepas membuat pembayaran.

Kepada sesiapa yang pernah sertainya, sila betulkan kalau aku salah. Pada pendapat aku, laman web begini hanya menjual 2 mukasurat sahaja iaitu laman penjualan dan pembayaran. Setelah anda membuat pembayaran, anda akan diberikan kod html dan ubah kepada nama dan akaun bank anda pada laman pembayaran. Upload pada hosting anda sendiri dan mulakan menjual dengan ayat-ayat manis anda.

Siapa yang dah sertai program ni? Cepatla betulkan aku kalau aku salah. Ada berani? Aku rasa pernah nampak program ni tapi secara global la (bahasa inggeris). Aku rasa yang mula-mula buat ni, mesti dia ciplak dari sana.

(Update) Aku dah jumpa dah laman web aslinya. Lihat gambar di bawah:

Amacam? Sama tak?

Tags:

dapatwangAku dah agak orang tak suka. Aku dah agak orang mesti benci punya. Tapi aku terpaksa bagitau je. Artikel aku yang lepas berkaitan dengan dapatwang.com, langsung takde orang komen (setakat artikel ni di tulis). Berbanding dengan artikel klikjutawan dan getpay2clik. Kenapa? Sebab apa yang aku tulis tu ada kebenarannya. Tapi tahu tak anda semua (ahli dapatwang.com) boleh mendapat keuntungan yang besar tanpa sibuk meminta orang klik pada link anda?

Benda yang simple je. Anda berpakat-pakat la dalam 20 ke 50 orang ahli. Letak semua link anda di satu tempat (contoh di blogspot). Kemudian pakat klik ramai-ramai kecuali link anda. Masalahnya anda semua tidak sepakat dan tidak kenal antara satu sama lain. Ingat tak pepatah yang mengatakan ‘Sepakat Membawa Berkat’.

Katalah anda ada 51 orang. Setiap hari kesemua mereka klik pada link rakan-rakan. Bermakna seorang akan dapat 50 klik = 50 klik x 10sen = $5!!! Kalau 30 hari? Amacam? Pakatla ramai-ramai. Dengan aku tak bolehla sebab aku bukan ahli dapatwang.com. :)

dapatwangMula-mula terimakasih pada saudara Ikhwan kerana komennya dalam artikel JutawanKlik menarik perhatian aku. “Bagaimana pula dengan dapatwang.com?” Itulah soalannya. Ok. Jom kita sama-sama fikir. Aku dah cerita bab Jutawanklik, aku dah cerita bab getpay2click. Benda yang sama. Kita kupas pulak dapatwang.com sebab aku tak benda nak di buat hari ni.

Pada aku sama je. Dapatwang.com pun lama-lama akan lingkup dan yang ‘loadednya’ dah tentu la tokenya. (Lepas ni mesti ada orang hantar email maki aku). Aku tak kisah ada orang yang marah dengan kenyataan aku. Dapatwang.com ada 3 pakej. Pertamanya Bronze dengan bayaran sebanyak RM50. Satu klik dapat RM0.10. Jika dia tidak menaja, maka dia memerlukan (RM1.00 = RM0.10 x 10klik) sekurang-kurangnya (10×50) 500 klik untuknya balik modal. Ternyata Baca Lagi »

Gaji dari Forex

Posted by: iJam In: Make Money Site| Sembang

Siapa yang biasa dengan Forex? Ha, kali nie aku nak kongsi pendapatan pada10 Nov 09 dan 11 Nov 09 aku dengan forex nih. Bukan nak berlagak, bukan nak tunjuk hebat. Aku cuma nak cari kawan je. Sesiapa yang biasa dengan forex nih bolehlah tunjuk ajarku sifu sebab aku bukannya terer sangat. Sifu-sifu bolehla hubungi aku menggunakan contact form yang di sediakan. Kalau ramai, aku ingat nak buka satu ruangan forum. Sebab aku berminat nak belajar.

f

10 Nov 09

11 Nov 09

11 Nov 09

Klik pada gambar untuk besarkan. Tq.

Tags:

1Kepada semua ahli dan kepada semua yang bakal menjadi ahli iklantunai.com, aku ada beberapa perkara nak dimaklumkan. Tujuannya ialah supaya anda semua menukar pandangan anda yang menyatakan iklantunai.com ialah laman web buat duit. Ini kerana apa yang aku lihat, kebanyakan ahli yang upgrade keahlian mereka tidak menghantar banner kepada aku menyebabkan ianya kelihatan seolah-olah laman web ini tidak mempunyai produk atas pembayaran anda semua. Baca semula FAQ yang terdapat di laman iklantunai.com dan fahamkan.
Aku akan cuba huraikan secara ringkas sedikit kat sini apa yang berlaku setelah pembayaran dibuat oleh anda dan apa yang anda dapat.

  • Pembayaran keahlian anda membolehkan anda meletak iklan teks tanpa had di iklantunai.com. Keahlian adalah selama setahun.
  • Membolehkan anda meletak 3 banner di 5 tempat yang disediakan di iklantunai.com. Banner boleh di tukarganti. Anda hanya perlu email kepada admin dan berikan banner yang hendak ditukar dan banner yang hendak diganti.
  • Iklantunai.com bukanlah laman web syarikat. Ia adalah kepunyaan persendirian. Admin sebenarnya menyewakan ruang yang terdapat di iklantunai.com kepada ahli yang membuat pembayaran.
  • Imbuhan yang anda dapat dari admin iklantunai.com adalah imbuhan kepada anda kerana berjaya membawa pelanggan baru yang menyewa ruang yang disediakan di iklantunai.com.
  • Sila ubah pandangan anda. Iklantunai.com bukanlah laman web skim cepat kaya atau pelaburan haram internet. Admin cuba memberi perkhidmatan menyewa ruang banner kepada anda dengan harga yang berpatutan. Anda cuba cari, dimanakah tempat yang anda boleh letak 3 banner sekaligus yang boleh ditukarganti dengan keahlian selama setahun hanya dengan RM50?
  • Anda mungkin nampak statistik downline anda tetapi jika anda lihat masih tiada ‘income’ untuk anda maknanya downline anda masih lagi belum upgrade. Pendaftaran percuma hanya selama 2 minggu sahaja dan jika dia tidak ‘upgrade’, maka pendaftarannya akan di batalkan. Ini untuk membolehkan sesiapa yang berminat, masuk mengisi ruang tersebut.

Jadi kepada ahli-ahli, silalah hantar banner anda. Jangan jadikan laman web iklantunai.com sebagai tempat anda mengadu nasib. Admin iklantunai.com menyewakan ruang kepada anda. Dah bayar, hantar banner, letakkan iklan anda. Jadi laman web tu, taklah nampak beku je.

Aku tak mahu nanti ada orang yang mengadu..”Eh, kenapa aku tak dapat duit?” atau “Kenapa aku tak di bayar?“.

Ok, geng. Teruskan promosi!!

Apa itu bisnes GDI

Apa itu bisnes GDI

Buka pula bab GDI kali nie. Dengan aku sekali terjebak. :) Setelah membuat risikan dan kajian, aku dengan bangganya, join la GDI ni. Tujuan aku menaip ni, cuma nak kongsi maklumat tentang apa yang aku dapat. Disebabkan aku masih baru lagi dengan GDI-GDI ni, aku harap ada Otai-Otai yang sudi berkongsi maklumat kat blog aku yang mesra alam ni.

Apa agaknya GDI nih? Baca nih. GDI bermaksud Global Domains International (GDI) iaitu syarikat yang aku anggap sebagai perniagaan internet sejati. Kenapa? Sebab GDI adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet iaitu menjual nama domain dotWS (.ws).

Syarikat ini ditubuhkan pada 1999 dan telah menerima pengesahan daripada United States Department of Commerce sebagai pembekal tunggal domain berstatus dot WS ke seluruh dunia! Terdapat beberapa syarikat gergasi yang telah bergabung dengan GDI iaitu Intel Corporation, Yahoo, AT&T, eBay Inc, dan lain-lain. Cukup dulu intro dia. Anda boleh cari maklumat lainnya di internet sebab aku nak cerita pulak bab macamana nak join, macamana nak cancel join (apa tu) dan macamana nak buat duit dan habis duit dengan GDI nie.

Baca Lagi »

Web baru aku iklantunai.com kini semakin panas! Semalam je tak cukup tangan aku. Mana yang upgrade lagi dan yang withdraw. Maklumlah, kalau ramai orang upgrade keahlian, maka ramai jugalah yang akan menjana pendapatan. Disebabkan level payment yang tinggi, aku rasa, ada yang dah balik modal dah.

Tahniah kepada yang dah balik modal atau untung. Sebab modal baru RM30. Teruskan usaha anda mempromosi dan anda yang belum join, bila lagi? Jom beriklan dan jana pendapatan di iklantunai.com!!



    twitter / ijam20

    • Tutorial bervideo apakah yang anda perlukan

      View Results

      Loading ... Loading ...
  •    fap   frwckecik
       iktunai   bioaslitepi
       RevTwt   exabytes
  • zip martin: mayb program ni ada btl nya, n mayb jugak program ni ada kelentongnya.. pd yg sukses 2 tlg la bantu kwn yg lain, jgn la kta pdn muka, 2 nk bg mrh org
  • Jun: Dalam sedar atau tidak sedar ramai yang menyertai program mencari wang kerana memang ada yang perlukan wang, sekadar mencuba atau memang mahu terlibat
  • wan: haha..padan muke kowang!! aku da join 4bulan..aku dapat je komisye rm365 sian la kowang..

My Child's Photo

    546

Email Subscriptions

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Ads



adbrite
linkworth
getresponse
Elegant Wordpress
revolution
All Malaysian Bloggers Project
blog malaysia